web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Cubaan Menculik Di Genting Highland, Polis Belum Terima Laporan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 6:31PM

Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung cubaan menculik didakwa membabitkan seorang kanak-kanak, seperti yang tular di aplikasi Tik Tok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata, insiden berkenaan sebaliknya dipercayai berpunca daripada salah faham antara individu yang merakam video dan keluarga kanak-kanak terlibat. 

"Seperti yang dirakam dalam video berkenaan, kejadian itu berakhir di pejabat Polis Bantuan (PB) di Genting Highlands, dan pihak terbabit sudah membuat laporan polis berhubung video yang tular.

"Pihak PB sudah mendapatkan maklum balas daripada wanita warga asing terbabit dan mendapati kejadian ini adalah satu salah faham, malah tiada sebarang cubaan jenayah dilihat berlaku," katanya hari ini.

Bagaimanapun, Zaiham berkata, siasatan lanjut akan dijalankan dan pemilik akaun dikenali sebagai @ALFITRY_AZMI52 bakal dihubungi untuk maklumat lanjut.

"Pemeriksaan awal oleh PB Genting Highlands mendapati wanita warga asing yang dikatakan ingin menculik kanak-kanak itu mempunyai dokumen perjalanan sah dan tiada sebarang unsur mencurigakan.

"Setakat ini kejadian dipercayai berlaku akibat wanita itu merindui anaknya yang ditinggalkan di negara asal," katanya.

Beliau berkata, semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

“Polis harap orang ramai dapat memberikan kerjasama kepada polis dalam menjalankan siasatan,” katanya. - Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam