web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DBKL Rancang Bina ‘Flood Wall’ Atasi Banjir Kilat Di Ibu Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 1:35PM

Mahadi Che Ngah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses mendapatkan reka bentuk yang sesuai bagi membina flood wall atau tembok tebatan banjir di lokasi hotspot banjir kilat yang telah dikenal pasti di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pembinaan flood wall itu bertujuan menggantikan penggunaan guni-guni pasir yang bertindak sebagai langkah sementara bagi menangani masalah banjir kilat di ibu kota.

“Flood wall itu perlu direka dengan betul dan teliti supaya dapat menghalang limpahan arus deras ketika hujan lebat sekali gus berfungsi untuk menyekat air (banjir) daripada keluar ke kawasan yang rendah.

“Namun, kita sudah pun melantik kontraktor yang berwibawa untuk membinanya selepas rekaan itu siap tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi Kuala Lumpur Sport, Event and Facilities (KLSPEF) di Dataran DBKL, hari ini.

Pada masa sama, Mahadi berkata pihaknya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi terlibat dengan pengurusan mitigasi banjir akan mengadakan perbincangan lanjut sebagai persediaan menghadapi musim hujan.

“Kita akan bermesyuarat minggu ini bagi membincangkan lebih terperinci langkah-langkah lain yang sesuai untuk diambil berdasarkan data-data terkini daripada JPS sebagai usaha menangani jumlah taburan hujan yang tinggi pada akhir tahun,” katanya.

Sementara itu, Mahadi dalam ucapannya berkata aplikasi KLSPEF membolehkan warga kota membuat semua urusan tempahan dan pembayaran bagi 63 dewan serbaguna dan kompleks sukan di bawah seliaan DBKL secara dalam talian pada masa yang singkat.

Beliau berkata DBKL peka terhadap keperluan warga kota dan sentiasa berusaha menyediakan kelengkapan infrastruktur dan kemudahan awam yang mencukupi buat mereka.

“Sekiranya sebelum ini, tempahan bagi kemudahan dewan serbaguna dan kompleks sukan di ibu kota dibuat secara manual atau melalui laman web, kini warga kota perlu membuat tempahan hanya di hujung jari menerusi aplikasi KLSPEF.

“Saya percaya aplikasi ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk sekali gus membantu memenuhi objektif DBKL menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya pintar menjelang 2025,” katanya.

Aplikasi mudah alih ini dibangunkan dalam dua versi iaitu Android dan iOS, kini boleh dimuat turun daripada Playstore dan AppStore. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 minit yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad