Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saya Bimbang Campur Tangan Kebebasan Media, Ini Taktik Buli - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 8:26PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan berhubung cubaan campur tangan dalam operasi syarikat media di negara ini dan tindakan menakutkan penggiat bidang itu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan, pertuduhan jenayah dikenakan terhadap mantan dan pengarang sedia ada The Egde serta pertukaran mendadak Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), susulan dakwaan tekanan oleh beberapa pemimpin kanan UMNO, menunjukkan taktik buli dan sikap ‘authoritarian’ kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terhadap pemilik media, pengarang dan wartawan.

Justeru, beliau menggesa rakyat untuk bersama mengutuk tindakan terbabit yang mengancam demokrasi negara.

“Kerajaan pimpinan UMNO dan BERSATU mahu mengembalikan negara kepada zaman di mana tiada kebebasan media dipraktikkan ke atas skandal mega seperti PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Projek LCS (Kapal Tempur Pesisir) yang mengakibatkan kehilangan berbilion ringgit dana awam.

“Rakyat masih ingat bagaimana The Edge diharamkan selama tiga bulan kerana melaporkan isu 1MDB pada 2015,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mantan Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd, Ahmad Azam Mohd Aris (tengah) dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di Petaling Jaya atas dua tuduhan menfitnah seorang individu bergelar ‘Datuk’ dan empat syarikat menerusi penyiaran dua artikel dalam The Edge Malaysia. - Gambar Bernama
Mantan Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd, Ahmad Azam Mohd Aris (tengah) dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di Petaling Jaya atas dua tuduhan menfitnah seorang individu bergelar ‘Datuk’ dan empat syarikat menerusi penyiaran dua artikel dalam The Edge Malaysia. - Gambar Bernama

Anwar yang juga Presiden PKR mendakwa, sejak UMNO dan BERSATU mentadbir kerajaan, corak rasuah serupa, ketaksuban agama, perkauman dan ketidakcekapan timbul semula dan mengingatkan rakyat mengenai kenapa mereka mengundi untuk menolak UMNO dan sekutunya pada 2018.

Dakwanya, UMNO melancarkan serangan ke atas media ketika pemimpin parti itu berdepan kemungkinan disabitkan dalam kes rasuah yang mengikat Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya umum pada November ini.

“Peluang UMNO untuk menang pada pilihan raya itu terhalang oleh laporan telus dan teliti mengenai skandal UMNO dan BERSATU seperti ‘kehilangan’ LCS, perjanjian 5G yan gagal di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) selain pengendalian buruk kerajaan terhadap krisis ekonomi serta peningkatan kos sara hidup.

“Daripada menangani skandal dan masalah itu, UMNO dijangka membuat serangan terhadap media,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, kenyataan Perdana Menteri mengenai isu kebebasan media mencerminkan pimpinannya yang seolah-olah ‘tidak bersungguh-sungguh’ dalam memastikan kebebasan media.

“Menjadi tugas Perdana Menteri untuk memupuk keyakinan di Malaysia. Ini termasuk keyakinan terhadap profesionalisme agensi penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan serta keyakinan bahawa kebebasan media akan dilindungi,” katanya.

Dakwanya, tanpa perkara itu, keyakinan terhadap ekonomi Malaysia akan berkurangan dan pelabur akan terus ‘menjauhi’ negara.

“Saya menyokong profesional media kita dan berterima kasih kepada mereka atas sumbangan memperkasakan demokrasi Malaysia.

“Di bawah kepimpinan saya, Pakatan Harapan (PH) akan memelihara, melindungi dan meningkatkan kebebasan media melalui pembaharuan undang-undang serta pelaburan dalam mendidik serta melatih profesional media,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mantan Ketua Pengarang The Edge Communications Snd Bhd, Ahmad Azam Mohd Aris, 61, dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di Petaling Jaya atas dua pertuduhan menfitnah seorang individu bergelar ‘Datuk’ dan empat syarikat menerusi penyiaran dua artikel dalam The Edge Malaysia.

Selain itu, baru-baru ini hangat isu membabitkan pertukaran Pengarang Kumpulan NST, Ahmad Lokman Mansor daripada jawatannya berikutan dakwaan campur tangan ‘orang besar’ UMNO iaitu mantan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Lokman kemudiannya digantikan oleh Farrah Naz Karim bermula 15 September 2022. - Getaran, 16 September 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Semasa 4 jam yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran