web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Didakwa Campur Tangan Pelantikan Jawatan Utama Dalam NSTP?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 2:13PM

Ahmad Lokman Mansor - Gambar dari nstp.com.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir, kuasa politik didakwa terus campur tangan dalam pelantikan petugas media utama dalam usaha untuk mempengaruhi naratif yang memihak kepada kempen mereka.

Terkini, kes melibatkan penukaran Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Ahmad Lokman Mansor daripada jawatannya, berikutan dakwaan campur tangan ‘orang besar’ UMNO iaitu mantan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Difahamkan, Lokman akan digantikan oleh Farrah Naz Karim menjelang 1 Oktober dengan beliau diberi pilihan sama ada kembali ke meja bisnes akhbar bahasa Inggeris itu atau meninggalkan syarikat tersebut.

Farrah Naz Karim
Farrah Naz Karim

Farrah, seorang wartawan yang pernah berkhidmat dengan NST sebagai editor bersekutunya pada masa lalu dan kini memegang jawatan editor eksekutif di syarikat induknya, Media Prima Berhad.

Menurut sumber dalaman, langkah untuk menggantikan Lokman tidak berjalan lancar kerana beliau menjadi tulang belakang di sebalik perubahan baharu editorial NST yang kini lebih menumpukan liputan di lapangan dan lebih telus.

Sumber yang enggan dikenali berkata, taklimat kepada editor meja dan wartawan yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor, semalam mengenai perkara itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan mereka.

Sebilangan kakitangan, difahamkan sejak itu telah memulakan petisyen dalaman yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa langkah itu dibatalkan.

Langkah itu, kata sumber tersebut adalah berdasarkan jaminan Ismail Sabri pada Mei bahawa “media harus kekal bebas untuk beroperasi tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain”.

Mereka yang berada dalam lingkungan Pejabat Perdana Menteri (PMO) nampaknya kecewa dengan langkah yang dirancang itu kerana ia akan membayangkan bahawa Perdana Menteri telah meluluskan pertukaran kakitangan utama syarikat tersebut.

“Perdana Menteri setahu saya tidak berniat untuk campur tangan dalam operasi dan perjalanan kumpulan media walaupun dikawal oleh ahli dan penyokong UMNO.

“Beliau sangat jelas tentang kebebasan akhbar dan tiada sebarang campur tangan,” kata sumber itu.

Tambah sumber itu lagi, jika langkah sedemikian berlaku, Lokman harus dinaikkan ke jawatan lebih tinggi, bukannya dibiarkan dalam “cold storage”.

UMNO melobi

Usaha melobi untuk menyingkirkan Lokman, didakwa dicetuskan oleh Rauf yang juga anggota Exco kerajaan negeri Melaka.

Beliau telah bercakap dengan Johari yang juga pemegang saham kedua terbesar dalam Media Prima.

“Nampaknya, Rauf telah menegaskan bahawa Lokman tidak memainkan peranannya dalam melindungi kepentingan UMNO dan membenarkan NST menjadi jurucakap parti.

“Beliau menegaskan bahawa editorial yang menyokong badan kehakiman, peguam negara dan kedaulatan undang-undang berpeluang menarik perhatian ramai terhadap perbicaraan (Datuk Seri) Najib (Razak).

Sumber itu juga menegaskan bahawa NST telah gagal menyatakan hasrat “tertanam” dalam kalangan perwakilan UMNO semasa perhimpunan khas parti tersebut baru-baru ini.

Ini termasuk campur tangan dalam kes Najib dengan membenarkan perbicaraan semula atau memohon pengampunan Diraja.

The Vibes cuba menghubungi Rauf untuk mendapatkan komen beliau mengenai isu tersebut. - The Vibes, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad