web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bubur Lambuk Kampung Baru Kembali Pada Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 12:59PM

Pihak Masjid Jamek akan menyediakan bubur lambuk kepada orang ramai sempena awal Ramadan, Selasa ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peminat bubur lambuk Kampung Baru akan dapat menikmati keenakan juadah tradisi berusia lebih 100 tahun itu apabila program edaran makanan tersebut yang menjadi program tahunan akan diteruskan sempena Ramadan tahun ini.

Tahun lepas program edaran bubur lambuk oleh Masjid Jamek Kampung Baru, tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19.

"Kami akan memasak minimum 15 periuk setiap hari sepanjang Ramadan ini, yang akan dlaksanakan secara gotong-royong membabitkan hampir 30 kariah masjid.''

Pengerusi masjid itu Datuk Mohd Khay Ibrahim berkata  Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kelulusan untuk menyediakan, memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai.

"Buat masa ini, kami hanya akan buat untuk pengagihan kerana berdasarkan maklumat daripada surat pekeliling Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) masih tidak membenarkan majlis berbuka puasa dilakukan di masjid," katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata tahun ini, pihak masjid membelanjakan lebih RM200,000 yang diterima daripada sumbangan orang ramai bagi penyediaan hidangan tersebut. 

"Kami akan memasak minimum 15 periuk setiap hari sepanjang Ramadan ini, yang akan dlaksanakan secara gotong-royong membabitkan hampir 30 kariah masjid. 

"Biasanya, untuk satu periuk kami akan peroleh hingga 190 bungkus bubur lambuk dan kami akan menggunakan 15 kilogram beras (kg), enam kg daging, enam kg santan, satu kg udang kering serta campuran rempah ratus," katanya. 

Menceritakan keenakan bubur lambuk Kampung Baru, Mohd Khay berkata tiada rahsia tertentu di dalam penyediaannya.

"Kami menggunakan resipi turun-temurun dan tidak pernah merahsiakan bahan yang digunakan atau mengurangkan serta menambah ramuan. Mungkin juga keberkatan bersedekah kepada orang ramai membuatkan ia rasa sedap," katanya.

Pada masa sama, Mohd Khay juga yakin masyarakat boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang proses pengagihan dilaksanakan nanti. 

"Kami tidak lihat penetapan SOP ini sebagai satu kesusahan kerana ia sudah menjadi amalan semua masyarakat sejak setahun lepas.

"Selain beratur di perkarangan masjid, mungkin kami juga akan mengaplikasikan kaedah secara pandu lalu namun itu juga mengikut kepada kesesuaian," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad