web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebenaran Operasi Bazar, Peniaga Tarik Nafas Lega

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 12:51PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Selepas setahun bazar Ramadan dan Aidilfitri tidak dibenarkan beroperasi akibat pandemik COVID-19, pembukaan semula bazar Ramadan pada tahun ini nyata memberi kelegaan kepada ribuan peniaga.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ketika dihubungi Getaran berkata, pihaknya telah menyediakan sembilan lokasi bazar Ramadan, merangkumi 480 petak niaga dan 454 penjual pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pelesenan MBSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, pengurusan bazar berkenaan akan diselia dan diuruskan sepenuhnya Jabatan Pelesenan MBSJ.

“MBSJ telah membuka permohonan secara dalam talian kepada peniaga untuk mendapatkan permit bazar Ramadan tahun 2021, dan status terkini, tapak tersebut sudah penuh ekoran majoriti peniaga adalah calon simpanan.

Menurut beliau, empat tapak bazar di Zon Subang terletak di USJ 4 (Jalan USJ 4/5), USJ 7 (di hadapan Gerai Majlis USJ 7), Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1) dan Putra Heights (tepi Jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Sri Mutiara).

“Bagi Zon Puchong, tapak bazar Ramadan di Dataran Niaga Puchong Permai dan Taman  Puchong Prima (Jalan Prima 5/1). Seterusnya bagi Zon Kinrara di Bandar Kinrara 5 (Jalan BK 5A/1).

“Tapak bazar Ramadan di Zon Seri Kembangan pula dibuka di Taman Seri Serdang (Jalan 18/35) dan Taman Equine (Jalan PP1B),” katanya.

Jelasnya lagi, walaupun kerajaan memberi kebenaran bazar Ramadan beroperasi tahun ini namun peniaga dan pengunjung diingatkan untuk  tidak mengambil kesempatan sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sebelum ini Majlis Keselamatan Negara MKN memaklumkan, mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri atau bazar itu sendiri akan diarah tutup sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Itu ialah antara syarat kepada peniaga bazar yang digariskan MKN susulan kebenaran beroperasi ke atas kedua-dua bazar.

Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi bermula jam 3 petang hingga 8 malam dan 10 pagi hingga 12 tengah malam bagi bazar Aidilfitri.

Menurut SOP yang digariskan MKN,  peniaga di bazar Ramadan hanya boleh menjual makanan dan minuman, manakala bazar Aidilfitri hanya dibenarkan menjual barangan kering.

Selain itu, penganjur perlu memastikan ada kawalan keluar masuk pelanggan dengan penjarakan satu meter dan menanda tempat beratur, manakala peniaga serta pengunjung wajib memakai pelitup muka ketika berada di bazar.

Pada 16 Mac lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan membenarkan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, susulan penurunan kes harian COVID-19. - Getaran, 10 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran