web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Kaji Semula Semua Dasar Berkaitan Sektor Tenaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 9:19AM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) pada Pelancaran Gentari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Abdul Aziz (dua, kiri), Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh (dua, kanan) serta Pengerusi GENTARI Datuk Tengku Muhammad Taufik - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji semula semua dasar berkaitan sektor tenaga termasuk manfaat Akses Pihak Ketiga (TPA) terhadap infrastruktur grid dan pada masa sama meningkatkan geran promosi dan subsidi sedia ada untuk pengkomersialan dan penggunaan tenaga boleh baharu bersama teknologi berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri turut menegaskan bahawa pembangunan sumber tenaga hijau harus dijadikan keutamaan dan bukan lagi sebagai satu pilihan dalam setiap perancangan dasar kerajaan pada masa akan datang. 

“Dalam aspek tenaga boleh baharu pula, kerajaan akan bekerjasama dengan semua pihak terlibat untuk menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini,” katanya ketika melancarkan entiti milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Gentari Sdn Bhd di sini semalam.

Gentari adalah pembekal penyelesaian tenaga bersih bersepadu dan sehenti, dengan menawarkan rangkaian penyelesaian tenaga boleh baharu, hidrogen dan mobiliti hijau untuk pelanggan komersial, perindustrian dan runcit.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan kepada satu lagi bentuk tenaga hijau iaitu hidrogen, yang mampu menjadi pengubah industri. 

“Kita juga akan melancarkan Dasar Tenaga Negara (DTN) tidak lama lagi sebagai komitmen kerajaan untuk peralihan tenaga bagi mengurangkan pembebasan karbon,” katanya.

Mengenai Gentari, Ismail Sabri berkata perasmian Gentari adalah signifikan dalam membantu Malaysia mencapai matlamat negara iaitu pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar pada 2050 seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. 

“Pelancaran Gentari seiring dengan usaha kerajaan ke arah merealisasikan sasaran DTN menerusi inisiatif mobiliti hijau, tenaga boleh baharu serta hidrogen sebagai sumber tenaga utama.

“Ia juga meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bidang tenaga hijau ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu Pembekalan Buruh Asing, Tanah Rizab Melayu Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Malaysia Mengalu-Alukan Pelaburan Dan Perdagangan Industri Tenaga - Rafizi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wujudkan Unit Khas Di JPM Tangani Kehilangan Bakat Hebat Malaysia

4

Selera 4 tahun yang lalu

Makanan Kurangkan Stres

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad