Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Makanan Kurangkan Stres

Ada banyak cara untuk mengurangkan rasa stres termasuklah makanan yang anda ambil. Jom kita lihat antara makanan yang disarankan jika anda rasa tertekan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 3:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makanan adalah ‘bahan bakar’ untuk badan kita. Ia bukan sahaja memberikan tenaga, ia juga boleh memberi kesan kepada mood kita. Mengapa begitu? Ini kerana usus kita adalah rumah kepada berbilion-bilion bakteria. 

Makanan yang kita ambil secara langsung memberi kesan kepada kesihatan usus kita dan mempengaruhi penghasilan neurotransmitter (mesej kimia badan yang membawa mesej dari usus ke otak).

Jadi, setiap makanan mencetuskan mood berbeza. Kita boleh memilih secara strategik makanan yang membangkitkan mood diingini. Bagi memastikan mood sekata dan seimbang, terutamanya dalam persekitaran kerja, kita boleh mengambil makanan yang menggalakkan bakteria baik dalam usus kita.

Sebagai contoh, apa yang anda suka makan apabila berasa gusar atau tidak bersemangat? Kalau anda sama seperti saya, makanan manis menjadi pilihan saya. Coklat, aiskrim, kek atau donut pelbagai perisa boleh membuatkan saya lega dan gembira.

Perasaan baik ini timbul kerana hormon keseronokan (seperti dopamin) dirembeskan oleh otak apabila kita mengambil makanan yang tinggi kalori.

Selain makanan manis, kajian menunjukkan makanan organik juga boleh membuatkan kita gembira dan penuh harapan. Manakala pengambilan makanan tinggi protein meningkatkan motivasi dan tumpuan.

Apabila mengetahui perkara ini, bagaimana agaknya kita boleh membuat pilihan makanan terbaik untuk tubuh badan terutamanya jika ingin menjauhkan diri daripada stres. 

Berikut antara makanan yang boleh membantu mengurangkan stres:

Kekacang

Sumber kekacang seperti badam, pistasio dan walnut kaya dengan vitamin B2, vitamin E, magnesium serta zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa gembira.

Manakala zink antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres dan vitamin E pula berkesan untuk menghalang penyakit yang disebabkan stres 

 

Ikan

Ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, kembung dan sardin antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).

Susu

Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas berkaitan dengan stres.

Bijirin

Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk meransang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira dalam otak). Selain itu, kandungan vitamin B dalam bijirin penuh juga mampu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

Buah dan sayur

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti vitamin C, vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. 

Sumber vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.

Kaya magnesium 

Makanan yang kaya dengan magnesium juga sangat baik untuk menghindari stress. Ia  berfungsi membantu mengawal atur hormon stres. Antara makanan yang kaya dengan magnesium ialah pisang, aprikot kering, avokado, sayuran hijau, tauhu, tempe dan coklat gelap. 

Rujukan: Harvard Business Review & MyHEALTH

Gambar: Unsplash 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

TARA 5 bulan yang lalu

Fahami Mood Dan Emosi Untuk Kesejahteraan Tubuh Badan

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

4

TARA 7 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia