Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fahami Mood Dan Emosi Untuk Kesejahteraan Tubuh Badan

Jika tidak diberi perhatian sepenuhnya, mood negatif yang berterusan dalam diri seseorang boleh berkembang menjadi isu lebih serius, sekaligus memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 2:27PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, jenama suplemen kesihatan dan kesejahteraan, LAC telah melancarkan sebuah program yang menyelaraskan zen serta kesejahteraan yang dipanggil In The Mood with Jenn Chia. Program yang dibimbing hos berkarismatik dan pengamal yoga bertauliah, Jenn Chia ini diadakan sempena pelancaran produk M.R.X oleh LAC. 

Produk ini merupakan suplemen semulajadi sepenuhnya menawarkan setiap peserta pengalaman unik yang berpusat pada emosi, mood, serta kesejahteraan holistik. Acara dua hari satu malam, bertempat di Komune Living and Wellness Cheras itu telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tema ‘mood’ di mana ia menjadi satu aspek yang sering diabaikan dalam kehidupan seseorang meskipun mempunyai impak yang amat penting. 

Produk LAC
Produk LAC

Jika tidak diberi perhatian sepenuhnya, mood negatif yang berterusan dalam diri seseorang boleh berkembang menjadi isu lebih serius, sekaligus memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang. 

Oleh kerana itu, LAC mengambil peluang tersebut untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memahami mood diri sendiri. Melalui pendidikan dan ilmu tentang makna dan kompleksiti mood, LAC memberikan panduan serta tips praktikal seperti yoga dan suplemen buat seseorang untuk mengawal mood dengan baik.

Hari pertama program dimulakan dengan sesi yoga bersama komuniti yang dipimpin oleh Jenn Chia. Jelas Jenn, yoga telah menjadi tempat perlindungan peribadinya dan dia berasa amat beruntung kerana dapat meluaskan perjalanan transformasinya itu kepada orang lain.

“Gaya hidup moden yang sentiasa sibuk dan bergerak pantas ketika ini memang sukar untuk mencari waktu buat diri sendiri. Senaman yoga terbukti mampu menyingkirkan stress memandangkan gerakannya mampu mampu mengurangkan pengeluaran kortisol dalam tubuh badan. Malah yoga juga membantu tubuh badan kita sama ada fizikal atau mental agar lebih relaks,” ujarnya.

Jenn Chia melakukan satu aksi yoga
Jenn Chia melakukan satu aksi yoga

Dalam masa yang sama, Jenn juga menekan bahawa pilihan pemakanan juga memainkan peranan penting. Ini kerana ia boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang. 

Selesainya sesi yoga, para peserta bergerak pula ke sesi penerokaan yang juga dipimpin oleh Jenn, namun tampil bergandingan dengan Cynthia Jetan di mana mereka menyelami hubungan antara pemakanan, emosi, dan mood. 

Cynthia Jetan selaku seorang pakar pemakanan bertauliah dari LAC menekankan hubungan yang lebih mendalam antara apa yang dimakan dan apa yang dirasai. Beliau dalam masa yang sama menekankan, meskipun diet berkait rapat dengan kesejahteraan keseluruhan seseorang, tuntutan masa yang berterusan serta tekanan harian sering membuat seseorang itu mengabaikan kesan daripada diet yang tidak teratur. 

Cynthia Jetan
Cynthia Jetan

Sebagai contoh, sensasi ‘hangry’ ketika gula darah menyerang. Ini bukan sekadar pada emosi, malah menjadi isyarat penting makanan dalam memberikan nutrisi kepada tubuh, minda, dan jiwa seseorang.Untuk pemahaman, para peserta diberi panduan tentang penggunaan suplemen secara bijak untuk mengoptimumkan kehidupan mereka. 

“Suplemen tidak menggantikan makanan harian kita, sebaliknya ia berfungsi sebagai tambahan berharga bagi meningkatkan fungsi kehidupan kita,” ulas Cynthia.

Dalam masa yang sama, Cynthia turut menekankan kepentingan menjaga diet yang teratur dan optimum dan mengakui bahawa pada masa-masa tertentu, badan seseorang itu mungkin akan menghadapi kesulitan untuk menyerap kesemua nutrien yang diperlukan daripada makanan yang diambil. Sekiranya keadaan itu terjadi, suplemen menjadi sokongan bagi menyokong kesejahteraan keseluruhan seseorang.

Di segmen akhir program berkenaan, Jenn Chia telah mengadakan perbincangan bersama-sama dengan ahli psikologi dan terapi, Au Wei Yin dari MY Psychology di mana mereka menerangkan hubungan rumit antara emosi dan suasana hati. 

Au Wei Yin
Au Wei Yin

Wei Yin menggunakan kepakaran profesionalnya turut menekankan perbezaan halus di antara kedua-duanya.

“Manusia mengalami pelbagai emosi iaitu kegembiraan, kesedihan, kemarahan, rasa malu, jijik, dan pelbagai lagi. Walaupun emosi-emosi ini kebiasaannya bersifat sementara, ia boleh mempengaruhi suasana hati jika tidak dikawal secara efektif,” ulas Wei Yin. 

Tambah Wei Yin lagi, setiap individu perlu menjaga suasana hati kerana jika ia berada dalam keadaan negatif dan tidak terkawal dalam tempoh masa yang panjang, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan mental yang lebih serius. 

"Memahami emosi kita dan bersikap proaktif adalah penting. Dalam psikologi, kami mencadangkan pendekatan 3A: Kesedaran, Penerimaan, dan Tindakan (Awareness, Acceptance, Action). Pertama, menyedari emosi kita membantu kita perasan bagaimana kita merasa, memberi jarak untuk objektiviti. Matlamatnya bukanlah menilai emosi kita, tetapi menerima seadanya, melepaskan keperluan untuk mengawalnya," terang Wei Yin.

Jenn Chia dan Au Wei Yin
Jenn Chia dan Au Wei Yin

LAC M.R.X merupakan suplemen kesihatan terbaharu yang mengandungi ekstrak akar Rhodiola Rosea untuk meningkatkan daya tahan serta tahap tenaga dengan asid lemak Omega-3 dari ekstrak alga DHA bagi meningkatkan mood, kesihatan jantung, serta kesejahteraan secara keseluruhan. 

Sebagai pelengkap, terdapat juga Ekstrak Akar Ashwagandha KSM-66, ekstrak bunga chamomile, ekstrak lemon balm, bekas beras, ekstrak daun teh hijau, dan juga ekstrak biji jujube, di mana setiap satu daripada bahan-bahan ini memberikan pelbagai manfaat kesihatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai LAC Malaysia, sila layari https://www.lacworldwide.com.my/.

Foto : LAC Malaysia

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Penggemar Yoga Malaysia Sambut Hari Yoga Antarabangsa

2

Selera 2 tahun yang lalu

Makanan Kurangkan Stres

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Koleksi Batik Atilia Untuk Gaya Hidup Harian

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City