web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggemar Yoga Malaysia Sambut Hari Yoga Antarabangsa

Bertemakan 'Yoga untuk Kemanusiaan', IDY ke-8 itu merupakan acara fizikal pertama sejak COVID-19 bermula pada 2020.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 12:01PM

Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan Hari Yoga Antarabangsa (IDY) tahun ini menyaksikan kira-kira 800 penggemar yoga Malaysia menyertai latihan jasmani yoga beramai-ramai di premis Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, Selangor.

Dengan tema 'Yoga untuk Kemanusiaan', IDY ke-8 itu merupakan acara fizikal pertama sejak COVID-19 bermula pada 2020.

Gambar Alif Omar
Gambar Alif Omar

Program selama sejam yang menyaksikan para peserta melakukan pelbagai pergerakan dan senaman pernafasan itu dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dengan kerjasama Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N.Reddy, dalam ucapannya pada majlis itu menekankan pentingnya Yoga untuk kesejahteraan fizikal, emosi dan rohani kerana yoga berkaitan dengan spektrum minda, badan, jiwa.

Gambar Alif Omar
Gambar Alif Omar

“Di Malaysia, terdapat pertumbuhan dan promosi yoga yang ketara oleh beberapa institusi, dengan Suruhanjaya Tinggi India menerajui penganjuran beberapa program yoga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu. Turut hadir ialah Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Karima El Korri dan beberapa anggota kor diplomatik.

Reddy berkata beliau sangat gembira melihat ramai peminat yoga terlibat dalam pertunjukan yoga besar-besaran tahun ini, dan menambah kata sebelum ini IDY diajurkan secara maya pada 2020 dan 2021 berikutan pelbagai sekatan pandemik COVID-19.

Gambar Alif Omar
Gambar Alif Omar

Yoga adalah senaman yang melibatkan gerakan regangan dan lenturan badan, serta senaman pernafasan, bertujuan merangsang badan dan minda. Pengamal latihan itu berkata, ia adalah amalan fizikal, mental dan rohani berusia 5,000 tahun, yang berasal dari India. 

Pada Disember 2014, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 21 Jun sebagai Hari Yoga Antarabangsa berikutan cadangan Perdana Menteri India Narendra Modi. Reddy berkata Suruhanjaya Tinggi India dengan kerjasama 47 rakan kongsi tempatan akan menganjurkan aktiviti yoga selama sebulan di 75 lokasi di seluruh Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN