web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Mengalu-Alukan Pelaburan Dan Perdagangan Industri Tenaga - Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 2:40PM

Rafizi Ramli berkata kedua-dua kepimpinan EU dan Malaysia melihat krisis tenaga global sebagai satu kelebihan dan menggunakan peluang untuk mempercepatkan peralihan tenaga kedua-dua pihak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia secara aktifnya mengalu-alukan pelaburan dan perdagangan dalam industri tenaga daripada syarikat tempatan dan antarabangsa bagi menangani krisis tenaga dan memastikan keselamatan tenaga yang terjamin, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata komitmen negara untuk mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan dalam tenaga akan diteruskan, seperti yang dibuktikan melalui pembaharuan dalam liberalisasi pasaran gas dan akses pihak ketiga yang membolehkan pelbagai entiti mengakses dan menggunakan kemudahan gas Malaysia.

"Pagi ini, kami (berbincang) secara terperinci mengenai rancangan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga di antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU).

"Saya mendapat galakan daripada minat EU untuk mencari titik kerjasama di rantau yang berkembang pesat ini," katanya dalam ucapan perasmian pada Persidangan Tenaga Serantau EU-Indo-Pasifik, di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua kepimpinan EU dan Malaysia melihat krisis tenaga global sebagai satu kelebihan dan menggunakan peluang untuk mempercepatkan peralihan tenaga kedua-dua pihak.

"Wakil EU akan mengadakan mesyuarat di peringkat kerja yang lebih terperinci dengan Petronas pada Jumaat.

“Kami berharap dapat membangunkan perkongsian yang lebih mantap kerana Malaysia memiliki kedudukan yang unik dalam bidang gas asli cecair.

"Terdapat beberapa aspek strategik yang kami fokuskan, termasuk cara untuk mempercepatkan pembangunan tenaga hidrogen, dan Petronas telah pun berusaha untuk melancarkan beberapa kemudahan bagi tenaga hidrogen," katanya.

Rafizi juga menyatakan bahawa kerajaan sedang merangka mekanisme baharu untuk mempercepatkan pengeluaran tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

“Kebanyakan permintaan untuk tenaga boleh diperbaharui di negara kita datang dari luar negara, terutamanya dari Singapura.

"Mekanisme ini sedang diperhalusi dan apabila kita mempunyai mekanisme yang baik, ia akan membolehkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui dipercepatkan," tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan