web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kapal OPV: PAC Berhak Panggil Jabatan, Agensi Dapatkan Penjelasan - PM Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 3:57PM

Perdana Menteri berkata terserah kepada PAC sekiranya mahu menyegerakan siasatan melibatkan perkara tersebut. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhak memanggil mana-mana jabatan atau agensi kerajaan bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kelewatan penerimaan tiga kapal peronda luar persisir (OPV) yang sepatutnya diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu terserah kepada PAC sekiranya mahu menyegerakan siasatan melibatkan perkara tersebut.

“Belum (tiada desakan)… PAC ini satu badan yang bebas yang diwakili Ahli-Ahli Parlimen, mewakili kerajaan dan pembangkang yang dipengerusikan oleh pembangkang.

“PAC berhak untuk memanggil mana-mana jabatan ataupun agensi kerajaan, kementerian dan sebagainya kalau ada isu yang berkaitan yang perlu mendapat penjelasan PAC, jadi terserah kepada PAC.

“Kita dimaklumkan dalam pembinaan, dan sepatutnya sudah pun siap dalam waktu terdekat ini...Jadi kita tunggulah, saya pun tidak mendapat gambaran lanjut dan perincian tentang OPV tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022 di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan kelewatan pembinaan dan penerimaan OPV serta jika ada desakan supaya PAC menyegerakan siasatan terhadap OPV.

Maritim Malaysia dalam kenyataan pada 13 Sept memaklumkan tiga OPV yang sepatutnya diterima agensi itu pada 2020 masih dalam pembinaan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan sama berkata kapal OPV itu sedang dibina oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad