web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Sambutan Tahun Baharu Cina Di Selangor Secara Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 2:31PM

Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM- Selangor akan menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri secara dalam talian iaitu menerusi platform media sosial buat julung kalinya pada 12 Feb ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana negeri, Datuk Teng Chang Khim berkata sambutan yang bertemakan ‘Tahun Baru, Harapan Baru’ itu akan disiarkan di laman Facebook Menteri Besar Selangor dan media dalam talian pada hari pertama Tahun Baharu Cina bermula 9 malam.

“Sambutan perayaan ini menerusi platform media sosial adalah susulan keadaan semasa pandemik COVID-19 yang tidak membenarkan penganjuran acara besar dan perhimpunan orang ramai.

“Ia juga dapat memberikan impak positif kepada masyarakat berbilang kaum, terutamanya di Selangor, apabila masyarakat Melayu, India dan lain-lain juga dapat menonton persembahan yang disediakan sepanjang program itu berlangsung,” katanya kepada pemberita pada sidang media secara maya, hari ini.

Menurut beliau, kaedah penerbitan program istimewa secara maya itu dilihat sebagai alternatif terbaik yang bersesuaian dengan norma baharu untuk masyarakat Cina menikmati suasana perayaan di kediaman masing-masing.

Katanya, sebanyak 12 persembahan nyanyian, tarian dan kebudayaan akan disiarkan untuk program berkenaan yang menelan kos penganjuran RM414,000 antaranya melibatkan kumpulan tarian kebudayaan Cina bertaraf antarabangsa.

Mengulas tema ‘Tahun Baharu, Harapan Baru’, Teng berkata pemilihannya dibuat bagi memberi semangat kepada masyarakat yang telah hampir setahun dilanda pandemik COVID-19.

“Sejak COVID-19 melanda, ramai kehilangan kerja, perniagaan dan kehidupan terjejas, tidak boleh ke sekolah, serta ditangguh peperiksaan. Disebabkan itu, Tahun Baharu Cina ini adalah perayaan penting bagi masyarakat Tiong Hua untuk kita perbaharui azam dan mahu bebas daripada belenggu penyakit,” katanya.

Pada masa sama, Teng turut menasihati masyarakat Cina supaya kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa menyambut perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Melaka Penyelamat Pemimpin DAP Selangor - Veteran Parti

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad