web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka Penyelamat Pemimpin DAP Selangor - Veteran Parti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 11:14AM

Teng Chang Khim - Gambar dari Facebook

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka memainkan peranan sebagai penyelamat segelintir pemimpin DAP Selangor dalam pemilihan parti itu nanti.

Telahan itu diutarakan pemimpin veteran DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim dalam satu hantaran Facebook beliau hari ini, susulan pengumuman barisan calon DAP untuk PRN Melaka yang dibuat semalam.

“Kita akan diberi amaran bahawa kita mesti bersatu padu untuk memastikan kewujudan DAP di Melaka.

“Sebarang percubaan untuk menukar pimpinan di Selangor akan membawa impak yang negatif kepada pilihanraya negeri Melaka,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang.

Chang Khim juga memberi gambaran bahawa keputusan pemilihan DAP Selangor, yang sepatutnya diadakan pada 6 Jun namun terpaksa ditunda gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu sebenarnya ‘sudah dapat dijangka’.

Beliau dipercayai merujuk kepada khabar angin berhubung kemelut dalaman, membabitkan ketidakpuasan hati golongan akar umbi terhadap kelompok elitis yang majoritinya dikatakan terdiri daripada barisan wakil rakyat parti.

“Selepas itu, ada yang akan menyesal tetapi cerita seperti ini akan berulang dan berulang dalam masa akan datang untuk berpuluh tahun.

“Cerita kitar semula,” katanya yang  pernah menjadi Ketua Pembangkang DUN  Selangor bagi sesi 1995-1999 dan 2004-2008. - Getaran, 6 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut