web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selain Yasmin, Ada 3 Penghuni Rumah Bonda Nampak Siti Bainun Dera Bella - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 5:08PM

Siti Bainun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa tiga penghuni rumah kebajikan itu nampak Siti Bainun Ahd Razali mendera remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella di sebuah unit kondominium tahun lepas.

Pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, 39, berkata mereka ialah “Eyna, Aida dan Balqis” yang tinggal bersama Siti Bainun dan Bella semasa kejadian itu berlaku.

Saksi pendakwaan pertama itu, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun tersebut.

Mohammad Farhan: Selain Yasmin (Yasmin Nahar Mahmood) dalam pengetahuan anda,  tidak ada seorang pun yang pernah nampak Siti Bainun mendera Bella.

Zurianty: Tidak setuju.

Mohammad Farhan: Maksudnya, puan tahu wujudnya individu lain selain  Yasmin yang nampak Siti Bainun mendera Bella.

Zurianty: Ya

Yasmin dalam keterangan sebelum ini memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau nampak Siti Bainun telah mendera Bella setiap hari sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Menjawab soalan seorang lagi peguam Siti Bainun, Nurul Hafidzah Hassan, saksi berkata beliau mengenali aktivis bernama Mona Din dan pernah berkomunikasi dengan wanita itu buat kali pertama di Facebook.

Zurianty berkata beliau terkejut video kecederaan Bella ditularkan oleh aktivis berkenaan di Facebook dan beliau tidak pernah memberikan video berkenaan kepada Mona Din serta tidak menyokong tindakan wanita itu menularkan kes tersebut di media sosial.

Bagaimanapun, Zurianty mengakui beliau ada memasukkan hantaran berkenaan kes Bella di Facebook miliknya.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad