Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jangan Pandang Ringan Isu Ketidakjaminan Makanan - GESAAN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Sep 2022 7:00AM

Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak memandang ringan isu ketidakjaminan makanan (food insecurity) yang bakal melanda negara ini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak memandang ringan isu ketidakjaminan makanan (food insecurity) yang bakal melanda negara ini pada skala serius, jika trend kebergantungan makanan dari luar masih berterusan.

Pengerusi Gerakan Rakyat Perkasaan Jaminan Makanan (GESAAN), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sikap tidak peduli kepada isu tersebut bakal menjerat rakyat, sekiranya mereka terlalu bergantung membeli makanan yang dibekal pihak lain sehingga mengakibatkan bekalan itu ditentukan oleh negara luar.

"Krisis makanan yang melibatkan kos input pertanian, harga makanan dan rantaian bekalan makanan akan semakin serius dalam masa mendatang. Catuan makanan terpaksa dilaksanakan jika keadaan bekalan terhad.

"Tahun 2022 memperlihat kepada kita peningkatan harga makanan secara mendadak dan bekalan makanan yang tidak mencukupi di seluruh dunia,” katanya hari ini.

Menurut beliau, krisis tersebut bertambah rumit dengan tercetusnya konflik geopolitik, ekonomi dan perubahan iklim. 

“Semua ini akan diikuti dengan krisis sekuriti makanan yang semakin tajam dan kronik walaupun  pandemik COVID-19 sudah berubah kepada endemik," katanya.

Mohd Azmi menambah, suatu pelan menyeluruh perlu diwujudkan untuk mengerakkan rakyat Malaysia menghasil makanan di peringkat tempatan.

Selain itu katanya, inisiatif rakyat dalam sektor agromakanan perlu digalakkan, termasuk menggunakan tanah terbiar secara optimum untuk menghasilkan makanan. 

"Kerajaan perlu kawal guna tanah pertanian dari ditukar kepada projek pembangunan. Prasarana pertanian perlu dibangunkan untuk memberi kemudahan rakyat terlibat dalam agromakanan.

"Pertanian bandar perlu segera dikembangkan dan diberi kemudahan agar setiap isi rumah boleh menghasilkan makanan di sekitar rumah," katanya. 

Menurutnya, pihak Agrobank juga perlu menyediakan skim kredit agromakanan yang mudah, manakala kerajaan diminta memberi kemudahan kepada petani kecil untuk menghasilkan tanaman makanan.

“Pihak berwajib juga perlu mewujudkan insentif menghasilkan makanan yang selamat, bebas kimia dan menggunakan kaedah organik untuk semua warga Malaysia.

"Undang-undang anti pembaziran makanan perlu digubal untuk memastikan jaminan makanan diperkukuhkan untuk rakyat," jelasnya. - Getaran, 12 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Inisiatif Pemilikan Rumah Diteruskan, Jaminan Pembiayaan Perumahan Sehingga RM5 Bilion - KPKT

2

Politik 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Beri Kata Putus Jawatan Dalam Parti Selepas Pendakwaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Bebas Dengan Jaminan SPRM, Tetap Ke Mahkamah Esok - Azam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jaminan Makanan Untuk Singapura Tak Bermakna Hanya Eksport Ke Sana - Anwar

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 1 hari yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 23 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif