web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Beri Kata Putus Jawatan Dalam Parti Selepas Pendakwaan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 11:41PM

Muhyiddin Yassin akan memutuskan sama ada melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) selepas pendakwaan di mahkamah - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memutuskan sama ada melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) selepas pendakwaan di mahkamah.

"Tunggulah, saya belum didakwa, nanti kita akan buat keputusan dan kita akan umumkan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas memberi keterangan lebih lapan jam.

Terdahulu, beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada 11.15 pagi untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.

Muhyiddin kemudian ditahan pada 1 tengah hari dan dibebaskan pada 8.20 malam. 

Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok dan bakal berdepan pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum ini, bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatan selepas didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lepas. 

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.

Muhyiddin juga berkata beliau bakal berdepan tujuh pertuduhan berkaitan projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Beliau akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur esok dan Mahkamah Shah Alam pada Isnin untuk menjawab kesemua pertuduhan terhadap dirinya.

“Saya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah,” katanya.

Ditanya proses rakaman keterangan yang mengambil masa kira-kira sembilan jam, Muhyiddin berkata ia memakan masa yang lama kerana pegawai SPRM menjalankan tugas dengan teliti serta berhemah, tidak kasar dan saling menghormati selain melihat satu persatu rekod tersebut. 

"Tiada tekanan dan saya hargai kerjasama pegawai SPRM," katanya.

Mengenai kemungkinan rusuhan oleh penyokong beliau, Muhyiddin berkata PN dan Bersatu adalah parti yang aman manakala penyokongnya sedar rusuhan bukan tindakan yang betul ketika rakyat berdepan cabaran ekonomi. 

"Ia bukan tentang Muhyiddin sebaliknya adalah tentang Bersatu dan PN. Mereka tahu bagaimana mahu menjaga sekuriti dan keselamatan rakyat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar