web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sokong Masjid Kampung Laut Diwarta Tapak Warisan UNESCO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 10:37AM

Antara tarikan Laman Warisan Kampung Laut ialah penempatan semula Masjid Kampung Laut berusia 400 tahun di lokasi asalnya selepas 50 tahun dipindahkan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyokong penuh langkah mewartakan Masjid Kampung Laut yang berusia 400 tahun sebagai Monumen Kebangsaan di bawah Jabatan Warisan Negara serta Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu hantaran di Facebook, menyifatkan langkah itu sebagai sangat signifikan.

“Saya amat gembira kerana setelah lebih 50 tahun, hasrat rakyat Kelantan untuk membawa pulang Masjid Lama Kampung Laut ini menjadi kenyataan ibarat ‘sirih pulang ke gagang’.

“Kerajaan turut membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut,” katanya.

Difahamkan, masjid tertua di Malaysia itu dibawa pulang ke lokasi asal di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan selepas 50 tahun dipindahkan ke Nilam Puri sejak 1972.

Masjid Lama Kampung Laut adalah antara masjid kayu tertua di Asia Tenggara, yang mana sejarahnya banyak berkait rapat dengan penyebaran dakwah di rantau ini.

Menurut Ismail Sabri lagi, projek pembinaan Jambatan Palekbang di Tumpat yang bermula akhir tahun ini, mampu menyelesaikan masalah kesesakan aliran trafik.

Ujarnya lagi, jambatan sepanjang empat kilometer itu akan menjadi pemangkin utama kepada Kelantan sebagai destinasi pelaburan, pelancongan serta dapat menambah baik taraf sosioekonomi rakyat tempatan.

“Inilah komitmen berterusan kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati rakyat Kelantan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, projek pembinaan Jambatan Palekbang sepanjang empat kilometer tersebut bakal menghubungkan Kota Bharu dengan Tumpat. - Getaran, 10 September 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kementerian Luar Palestin Sambut Baik Draf Resolusi UNESCO Mengenai Gaza

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Fadlina Ketuai Delegasi Malaysia Ke Persidangan Agung UNESCO Di Paris

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar