Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mimbar Masjid Kampung Laut Tertua Di Malaysia

Masjid Kampung Laut di Tumpat telah dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 6:53PM

Gambar: Bernama/Zulkarnain Kamaruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perancangan untuk mencalonkan Masjid Kampung Laut di Tumpat sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pastinya disambut baik orang ramai khususnya penduduk Kelantan.

Di sebalik berita gembira itu, ada sebuah lagi kisah menarik berkait rapat dengan Masjid Kampung Laut iaitu sebuah mimbar yang masih utuh dipercayai usianya sama dengan masjid tersebut, sekali gus dipercayai mimbar tertua di negara ini.

Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr. Harleny Abd Arif berkata mimbar Masjid Kampung Laut kini berada Masjid Ar Rahman, Kampung Surau Pasir Pekan, Wakaf Bharu, di sini.

Masjid Kampung Laut pernah terselamat daripada banjir besar pada 1926 serta 1966 sebelum dipindahkan ke Nilam Puri pada tahun 70-an bagi menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir dan semasa proses pemindahan itu, mimbar tersebut diletakkan di Masjid Ar Rahman sehingga kini.

“Mimbar ini dianggarkan berusia 400 tahun, biarpun pada mimbar tersebut tiada catatan tarikh namun usianya diwajarkan menerusi silang rujukan berdasarkan teks seni bina serta penulisan ilmiah mengenai Masjid Kampung Laut, masjid tertua di Tanah Melayu,” katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Ar Rahman baru-baru ini.

Diminta memperincikan cara penentuan usia mimbar itu, Harleny yang berpengalaman selama 12 tahun dalam bidang kajian ragam hias mihrab dan mimbar berkata biarpun tiada sebarang catatan tarikh pembuatan di mimbar tersebut, usia objek seni tersebut masih boleh ditentukan dalam konteks seni bina.

“Maknanya biarpun tiada tarikh pada mimbar tersebut, kita masih boleh mengenal pasti tarikh pembuatannya kerana aspek lain seperti seni bina masih boleh dijadikan asas bagi menentukan usia mimbar tersebut.

“Apabila tiada tarikh pada mimbar namun mimbar itu masih terkait dengan tarikh pembinaan masjid mengikut sejarah. Kita menentukan usia mimbar tersebut berdasarkan kajian terhadap seni bina Masjid Kampung Laut yang telah dianggarkan usianya,” katanya.

Harleny berkata mimbar tersebut memiliki ciri-ciri unik seperti diperbuat daripada kayu cengal dengan teknik Tebuk Tembus Bersilat dan Tebuk Timbul Bersilat menjadikan mimbar setinggi dua meter itu kekal kukuh hingga hari ini.

Beliau berkata ukiran bermotifkan Bunga Ketumbit dan Daun Kerak Nasi pada mimbar itu mencerminkan kehalusan tangan tukang kayu tempatan pada zaman tersebut.

Harleny berkata lebih menarik apabila terdapat corak bunga melur pada papan meleh dan panel gunungan bersulur pada bahagian hadapan dan belakang mimbar manakala pada kedua-dua bahagian sisi hadapan tempat duduk khatib pula diukir dengan bentuk sulur paut yang mengundang perhatian.

“Masjid Kampung Laut terletak di laluan di antara Demak di Jawa Tengah dan Kerajaan Champa, masjid ini mempunyai persamaan seni bina dengan Masjid Agung Demak.

“Ini membuktikan betapa lamanya hubungan diplomatik telah wujud sejak kurun ke-14 dan kaitannya dengan Masjid Kampung Laut, masjid tertua di Tanah Melayu,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Senibina Dalaman Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Dr Azizul Azli Ahmad turut senada usia mimbar tersebut diwajarkan menerusi seni bina Masjid Kampung Laut.

“Saya berpandangan usia Masjid Kampung Laut lebih lama dari yang kita rekodkan. Pertama, tipologi asal lokasi penempatan masjid berdekatan dengan laut dan sungai merupakan jalan popular perdagangan sebelum abad ke-17 lagi.

“Masjid ini tidak memiliki ukiran yang dominan atau menonjol semua bahagian masjid dikemas kini dengan struktur kayu dan papan tanpa ukiran.

“Masjid yang kebiasaannya dibangunkan dengan gaya sederhana tanpa ukiran yang menonjol selalunya berada di zaman yang awal peradaban atau selepas sesuatu peristiwa besar berlaku,” kata penulis Buku Masjid, Budaya dan Senibina itu.

Pensyarah Jabatan Seni Bina dan Alam Bina Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Mastor Surat berkata jika dilihat pada permukaan kayu pada kerangka utama masjid tersebut, ia kelihatan tidak rata berikutan disediakan hanya dengan menggunakan kapak, baji, gergaji dan pahat tanpa menggunakan ketam.

Menurutnya ukiran pada tetupai yang terletak pada tiang utamanya juga agak kasar buatannya kerana tukangnya hanya menggunakan alat asas dengan ketiadaan kikir kayu dan kertas pasir.

“Ini berkemungkinan di zaman tersebut masyarakatnya baru bangun dari kejatuhan peradaban yang mungkin disebabkan oleh anasir alam seperti banjir, ribut, gempa bumi dan sebagainya yang telah memusnahkan harta benda dan kehidupan.

“Masyarakat yang tinggal masih memiliki kearifan watan tetapi kekurangan peralatan pertukangan. Saya mencadangkan zaman pembinaan Masjid Kampung Laut agak lama,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ubah Suai Meja Jadi Tempat Simpan Pistol, Lelaki Direman 6 Hari

3

Politik 1 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini