Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masjid Kampung Laut Dibuka Kepada Orang Ramai Jun Ini

Proses pemasangan semula struktur masjid yang dianggarkan berusia 400 tahun itu siap dilakukan selepas ia dileraikan dan dipindahkan dari Nilam Puri, Kota Bharu pada September 2020.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 1:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid Kampung Laut, antara masjid tertua di Asia Tenggara yang dipindahkan dari Nilam Puri, Kota Bharu ke lokasi asal di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan dijangka dibuka kepada orang ramai Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Baidzawi Che Mat berkata proses pemasangan semula struktur masjid yang dianggarkan berusia 400 tahun itu siap dilakukan selepas ia dileraikan dan dipindahkan dari Nilam Puri pada September 2020.

Baidzawi berkata pihaknya sedang mendapatkan sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada badan profesional dan Majlis Daerah Tumpat bagi memastikan masjid tersebut selamat dibuka kepada orang ramai.

“Pengunjung bukan sahaja dapat menunaikan solat tetapi juga membeli produk tempatan khususnya serondeng Kampung Laut, sekali gus menambah pendapatan penduduk setempat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Masjid bersejarah itu dibina di tebing sungai di Kampung Laut pada abad ke-18 oleh pendakwah Islam yang datang ke negeri itu dan ia kerap dilanda banjir termasuk banjir besar pada 1926 dan 1966 sebelum dipindahkan ke Nilam Puri, kira-kira 20 kilometer dari tapak asal.

Keunikan Masjid Kampung Laut terletak pada keseluruhan binaan yang terdiri daripada kayu cengal dan tanpa menggunakan sebarang paku selain kehalusan ukiran yang menjadi tarikan utama kepada pelancong, penyelidik dan pelajar seni bina.

Pemindahan semula ke Kampung Laut adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Semula Kampung Laut sebagai ‘Kampung Warisan’, selain dua kompleks komersial yang berhampiran iaitu Laman Warisan Seni dan Laman Warisan Serunding yang juga telah siap dibangunkan.

Mengulas lanjut, Baidzawi berkata beberapa artifak asal Masjid Kampung Laut yang ditempatkan di masjid lain selepas banjir juga telah dikembalikan ke masjid itu, antaranya bedok dari Masjid Muhammadi, kolah dari Masjid Baru Kampung Laut dan mimbar yang dipercayai tertua di negara ini dari Masjid Lama Pasir Pekan.

Baidzawi yakin struktur Masjid Kampung Laut itu selamat sekiranya berlaku banjir pada masa akan datang kerana ia dibina di tempat yang lebih tinggi selain Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut membina tembok tebatan banjir di tebing sungai berkenaan.

Sementara itu, pengurus projek pemasangan semula struktur Masjid Kampung Laut Mazni Mahmod berkata proses melerai dan memasang semula struktur masjid dilakukan secara teliti dan berhati-hati mengikut panduan ditetapkan Jabatan Warisan Negara serta dipantau oleh konservator bertauliah.

"Dari segi seni bina luaran masjid ini nampak biasa, bangunan lama, tetapi apabila kita buka (lerai) kompenan asalnya, dapat dilihat kepakaran pertukangan orang dahulu kala yang memang sangat unik, dari segi tanggamnya dan tidak pakai paku.

"Projek ini sesuatu yang baharu yang mungkin tidak dipelajari di sekolah atau universiti, jadi konsep arkitek dahulu dikekalkan dan dipulihara untuk tatapan generasi akan datang,” katanya sambil menambah hampir 100 individu termasuk beberapa tukang kayu Kelantan yang arif terlibat.

Mazni berkata pihaknya turut menggunakan sistem ‘tagging’ supaya setiap kompenan kayu yang dileraikan dapat direkodkan sebelum dipasang semula.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyifatkan kejayaan pemindahan Masjid Kampung Laut umpama sirih pulang ke gagang meskipun terdapat banyak cabaran untuk merealisasikan terutama dalam tempoh pandemik COVID-19.

Ahmad berkata kerajaan negeri akan membantu agensi yang terlibat supaya Masjid Kampung Laut boleh diwartakan sebagai satu Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

“Masjid Kampung Laut merupakan satu masjid bersejarah yang tidak ternilai akan warisannya. Usaha (mewartakan) ini bukan sahaja mengangkat nilai sejarah tersebut bahkan bakal menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan tempatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

2

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pokok Getah Tertua Di Malaysia Bernilai Hampir RM200,000 Perlu Jagaan Rapi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Perkasa Jaringan Infrastruktur Pengangkutan, Perhubungan Di Kedah - Sultan Sallehuddin

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Budaya 5 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 8 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran