web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MINDEF Kemuka Cadangan Kenaikan Bantuan Sara Hidup Veteran ATM - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 7:24PM

Hishammuddin Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah mengusulkan cadangan bagi meluluskan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di bawah kategori B40 daripada RM300 sebulan kepada RM400 sebulan kepada Kementerian Kewangan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan keperluan menampung perbelanjaan seharian golongan itu.

Katanya, MINDEF juga sudah menyelesaikan kajian dalaman di peringkat kementeriannya dalam usaha membolehkan pemberian Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dilaksanakan.

“MINDEF berharap perkara ini mendapat pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan yang sewajarnya.

“Ini bermakna bahawa antara kemahuan veteran ATM, dua selesai dipenuhi, dua lagi sudah selesai kajian di peringkat MINDEF. Ia tidak akan terhenti di sini.

“MINDEF sentiasa berusaha bertungkus lumus demi membela kebajikan veteran ATM dengan sebaik mungkin. Perkembangan dan hasil usaha ini akan saya umumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi video di Facebook hari ini.

 

??? ???? ?????? ???? ????? #?????????? 1️⃣ Kementerian Pertahanan Malaysia telah selesai kajian-kajian dalaman di peringkat Kementerian dalam usaha membolehkan pemberian Elaun Kenangan Kepada Penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) dilaksanakan. Kini hanya tunggu pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia. 2️⃣ MINDEF telah majukan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk luluskan kenaikan jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Veteran ATM tidak berpencen di bawah Kategori B40 daripada RM300 sebulan kepada RM400 sebulan. Saya sendiri akan terus berhubung dengan YB Menteri Kewangan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi memastikan harapan kita ini dapat dipenuhi. ? Tonton video penuh di bawah tentang pengumuman saya ini. JHEV ATM

Posted by Hishammuddin Hussein on Friday, September 9, 2022

Bagaimanapun, Hishammuddin sekali lagi mengingatkan semua pihak bahawa kemahuan veteran ATM tidak hanya melibatkan perancangan di peringkat MINDEF sahaja.

Perkara itu juga, katanya, melibatkan perihal kewangan dan pentadbiran awam yang memerlukan pertimbangan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Justeru, Hishammuddin memberi jaminan akan terus berhubung dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bagi memastikan harapan itu dipenuhi.

“Juga penting untuk saya ingatkan, bagi veteran ATM yang masih belum mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), segeralah mendaftar agar setiap inisiatif dan bantuan dilaksanakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Akhir kata, marilah kita sama-sama doakan, semoga setiap usaha MINDEF berkaitan kebajikan veteran ATM serta ahli keluarga mereka dipermudahkan,” katanya.

Hishammuddin pada Julai lalu mengumumkan dua penambahbaikan, sekali gus memenuhi dua daripada lima kemahuan utama veteran ATM.

Pertama, penambahbaikan pencen terbitan dan kedua, panel penasihat bagi mempertimbangkan permohonan bekas tentera untuk diiktiraf sebagai veteran ATM yang sudah mula dilaksanakan.

Menerusi pertemuannya dengan wakil veteran ATM itu, pihak terbabit turut memohon supaya Elaun Kenangan Kepada Penerima PJM diberikan.

Susulan daripada pertemuan itu, beliau berkata, pelbagai pemegang taruh di MINDEF dan ATM beberapa kali ‘duduk semeja’ bagi berkongsi pandangan, meneliti langkah serta membuat perancangan.

Terbaru, katanya, satu bengkel berkaitan elaun PJM diadakan awal Ogos lalu yang turut menyaksikan pembabitkan beberapa persatuan veteran, termasuk Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Veteran TLDM, Persatuan Veteran TUDM, Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen. – Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kehadiran Kapal Laut AS Di Pulau Pinang Hanya Untuk ‘Port Of Call’ - Khaled

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Adakan Pertemuan Dengan Pimpinan Tertinggi ATM Di Wisma Perwira

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar