web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ratu Elizabeth II Mangkat: Pahang, Suruhanjaya Tinggi British Kibar Bendera Separuh Tiang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 1:47PM

Suruhanjaya Tinggi British di sini turut mengumumkan bahawa benderanya dikibarkan separuh tiang sehingga pemakaman rasmi untuk raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British itu berakhir - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pahang akan menyertai Britain dan pelbagai negara di seluruh dunia dengan mengibarkan bendera separuh tiang selama tiga hari bermula esok bagi memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II di atas kemangkatannya.

Ia dimaklumkan walaupun Suruhanjaya Tinggi British di sini turut mengumumkan bahawa benderanya dikibarkan separuh tiang sehingga pemakaman rasmi untuk raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British itu berakhir.

Upacara pemakaman di United Kingdom (UK) dijangka berlangsung selama sepuluh hari.

“Kami amat berduka cita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II. Baginda akan dikenang kerana pengabdiannya yang luar biasa kepada tugas dan kehidupannya berkhidmat kepada Britain, Komanwel dan seluruh alam.

“Saya dan rakan sekerja sudah pun menerima banyak ucapan takziah dan penghormatan daripada rakan di Malaysia. Kami sangat berterima kasih atas curahan kasih sayang dan rasa hormat kepadanya di Malaysia,” kata Pesuruhjaya Tinggi Britain dalam kenyataan, hari ini.

Sebuah buku takziah fizikal akan dibuka kepada orang ramai bermula 12 hingga 15 September ini (8 pagi hingga 4.30 petang).

Buku itu akan diletakkan di Menara Binjai, 2 Jalan Binjai di sini yang juga lokasi ibu pejabat suruhanjaya tinggi tersebut di negara ini.  

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya bendera negeri itu dikibarkan separuh tiang sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Unit komunikasi dan media negeri itu, Pahang Media, melaporkan perkara itu diumumkan Sallehuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga diraja Britain, rakyat dan kerajaan UK.

"Baginda adalah seorang tokoh ulung dan sangat berdedikasi sepanjang pemerintahan baginda kepada rakyat UK dan Komanwel,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun diumumkan Istana Buckingham dalam satu kenyataan ringkas pada 1.30 pagi tadi waktu Malaysia.

Anak sulung daripada empat anaknya, Charles, yang berusia 73 tahun adalah pewaris tertua dalam sejarah British, diangkat menjadi raja berkuatkuasa serta-merta.

Ratu Elizabeth II nampaknya mengalami masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu, menyebabkan baginda membatalkan banyak urusan rasmi atas nasihat doktor. – The Vibes, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Emir Kuwait Mangkat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunku Ampuan Najihah Mangkat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Sultan Terengganu Atas Kemangkatan Bonda

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

David Beckham Berbaris 13 Jam Untuk Beri Penghormatan Terakhir Buat Ratu Elizabeth II

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran