web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ratu Elizabeth II Mangkat: Dunia Berduka, Putera Charles Luah Kesedihan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 9:36AM

Kemangkatan Ratu Elizabeth II, mengundang kesedihan dunia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemangkatan Ratu Elizabeth II, mengundang kesedihan dunia, termasuk anak baginda, Putera Charles yang meluahkan perasaannya menerusi catatan peribadi dimuat naik di Twitter rasmi keluarga diraja, The Royal Family.

Menerusi kenyataan disiarkan pada jam 2.04 pagi hari ini, Putera Charles yang secara langsung menaiki takhta Britain susulan kemangkatan ibunya bertitah, ‘pemergian’ Ratu Elizabeth II adalah detik paling sedih dihadapi baginda dan semua ahli keluarga.

Titahnya, Ratu Elizabeth II bukan sahaja seorang Raja dihormati, malah disifatkan sebagai ibu yang terlalu disayangi.

“Kami sangat berduka atas ‘pemergian’ seorang Raja dihormati dan seorang ibu yang amat disayangi.

“Saya tahu kehilangannya akan sangat dirasai di seluruh negara, Realm dan Komanwel serta masyarakat dunia,” titahnya. 

Putera Charles bertitah, dalam tempoh berkabung itu, baginda dan keluarga akan melaluinya secara tenang dengan ingatan berterusan bahawa Ratu Elizabeth II sentiasa dihormati serta disayangi sepanjang masa.

Terdahulu, Istana Buckingham menerusi kenyataan rasmi mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun di Istana Balmoral.

Serentak pengumuman berkenaan, ia menyaksikan tempoh berkabung selama 10 hari dengan bendera di United Kingdom dan seluruh negara Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.

“Ratu (Elizabeth) mangkat dalam keadaan tenang di Balmoral tengah hari tadi,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan pada jam 6.30 petang waktu tempatan (1.30 pagi Malaysia).

Kemangkatan baginda diumumkan selepas istana memaklumkan bahawa doktor ‘bimbang’ terhadap tahap kesihatannya dan mengesyorkan supaya terus diberikan pengawasan perubatan.

Semua anak baginda, iaitu Charles; Puteri Anne, 72; Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, bergegas ke istana menempatkan Ratu Elizabeth.

Mereka disertai anak lelaki Charles, Putera William dan Putera Harry.

Dua hari lalu, Ratu Elizabeth ketika melantik Liz Truss sebagai Perdana Menteri ke-15 di bawah tempoh pemerintahan baginda, kelihatan tersenyum dalam gambar, tetapi lemah dan menggunakan tongkat.

Ratu Elizabeth II bersama Liz Truss di Istana Balmoral, Scotland - Gambar AFP
Ratu Elizabeth II bersama Liz Truss di Istana Balmoral, Scotland - Gambar AFP

Namun, satu daripada gambar itu mencetuskan tanda tanya apabila menunjukkan kesan lebam di tangan kanan baginda.

Baginda menduduki takhta selama 70 tahun selepas dilantik pada 6 Februari 1952, sekali gus menjadi monarki Britain paling lama bertakhta dalam sejarah negara berkenaan.

Diputerikan pada 21 April 1926 di Mayfair, London, Ratu Elizabeth II dimahkotakan bagi menggantikan ayahanda baginda, Albert Frederick Arthur George atau George VI.

Baginda melangsungkan perkahwinan dengan Puteri Philip pada 1947 yang meninggal dunia 9 April tahun lalu ketika berumur 99 tahun selepas menjalani rawatan selama sebulan di hospital kerana masalah jantung.

Sementara itu, tinjauan menerusi kenyataan luahan Putera Charles berkenaan menerima 494,000 tanda suka, lebih 14,700 ciapan dan 106,000 ulang ciap daripada pengguna di seluruh dunia setakat jam 6 pagi tadi.

Mereka meluahkan rasa sedih, kecintaan dan penghormatan kepada baginda.

“Semoga Ratu Elizabeth II berehat dengan tenang. Baginda sangat dihormati di Amerika Syarikat,” ciap @MadeInTheUSANJ.

“Ratu Elizabeth II adalah Raja yang menunjukkan contoh baik dengan tidak mementingkan diri untuk berkhidmat kepada negaranya dalam keadaan susah atau senang. Baginda akan sangat dirindui jutaan orang di seluruh dunia. Semoga keluarga baginda diberikan ketabahan menempuh masa sukar ini. Semoga baginda berehat dengan tenang,” tulis @DanielRegha dari Nigeria.

“Berehat dengan tenang Tuanku. Terima kasih menjadi contoh mengagumkan kepada diri saya, anak perempuan saya dan semua wanita di dunia. Tuanku menunjukkan kepada kami kekuatan, kesetiaan, kebaikan, ketabahan, keadilan dan integriti. Kami mengagumi Tuanku sepanjang hidup kami,” komen @TraceyBorg5 - Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Emir Kuwait Mangkat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunku Ampuan Najihah Mangkat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Sultan Terengganu Atas Kemangkatan Bonda

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

David Beckham Berbaris 13 Jam Untuk Beri Penghormatan Terakhir Buat Ratu Elizabeth II

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad