web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 6:19AM

Ratu Elizabeth II - Gambar dari Twitter @RoyalFamily

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Balmoral, menurut kenyataan rasmi Istana Buckingham.

Baginda menduduki takhta selama 70 tahun, sekali gus monarki Britain paling lama bertakhta dalam sejarah negara berkenaan.

Serentak pengumuman berkenaan, ia menyaksikan tempoh berkabung selama 10 hari dengan bendera di United Kingdom dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.

“Ratu (Elizabeth) mangkat dalam keadaan tenang di Balmoral tengah hari tadi,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan pada jam 1.30 pagi waktu Malaysia.

Sementara itu, menurut laporan The Vibes, kemangkatan Ratu Elizabeth menyaksikan putera sulung dalam kalangan empat anak baginda, Putera Charles, 73, menaiki takhta sebagai Raja, sekali gus menjadi pewaris tertua dalam sejarah Britain.

Kemangkatan baginda diumumkan selepas istana memaklumkan bahawa doktor ‘bimbang’ terhadap tahap kesihatannya dan mengesyorkan supaya terus diberikan pengawasan perubatan.

Semua anak baginda, iaitu Charles; Puteri Anne, 72; Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, bergegas ke istana menempatkan Ratu Elizabeth. 

Mereka disertai anak lelaki Charles, Putera William dan Putera Harry.

Dua hari lalu, Ratu Elizabeth ketika melantik Liz Truss sebagai Perdana Menteri ke-15 bagi tempoh pemerintahannya, tersenyum dalam gambar, tetapi kelihatan lemah dan menggunakan tongkat.

Satu daripada gambar itu mencetuskan tanda tanya apabila menunjukkan kesan lebam di tangan kanan baginda. - Getaran, 9 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad