web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Lantik Nik Faisal Sebagai Pemegang Mandat 5 Akaun Peribadinya - Pegawai Bank

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 5:57PM

Najib Tun Razak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil sebagai pemegang mandat bagi lima akaun AmIslamic Bank miliknya.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, berkata bekas Perdana Menteri itu melantik Nik Faisal sebagai pemegang mandat bagi akaun simpanan AmIslamic berakhir nombor 694 dan empat akaun semasa iaitu AmIslamic (481), AmPrivate Banking-1MY (880), AmPrivate Banking-Y1MY (898) serta AmPrivate Banking-MY (906).

Beliau berkata pelantikan Nik Faisal sebagai pemegang mandat bagi akaun AmIslamic (694 dan 481) dibuat menerusi surat kepada Pengurus Cawangan AmIslamic Bank Berhad Jalan Raja Chulan bertarikh 10 Mac 2011 manakala tiga lagi akaun melalui surat bertarikh 26 Ogos 2013.

Merujuk kepada surat Najib bertarikh 10 Mac 2011, saksi itu berkata Najib membenarkan Nik Faisal membuat pertanyaan mengenai status, butiran akaun termasuk baki serta mengesahkan cek bernilai melebihi RM250,000.

“Ini bermaksud pihak bank perlu mendapatkan pengesahan daripada Nik Faisal untuk meneruskan transaksi bagi mana-mana cek yang dikemukakan daripada akaun terbabit yang berjumlah lebih daripada RM250,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata surat bertarikh 26 Ogos 2013 mengesahkan Najib membenarkan Nik Faisal memberikan apa-apa arahan bertulis kepada pihak bank untuk mengeluarkan draf bank atas nama AmPrivate Banking-1MY, AmPrivate Banking-Y1MY dan AmPrivate Banking-MY serta memberi arahan kepada Ambank Group Treasury bagi tujuan deposit perbendaharaan.

“Surat itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib bertanggungjawab untuk transaksi-transaksi tersebut seolah-olah ia dikeluarkan oleh beliau sendiri,” katanya sambil menambah ketiga-tiga akaun itu telah dibuka di AmIslamic Bank Berhad Cawangan Jalan Raja Chulan pada 31 Julai 2013 dan ditutup pada 9 Mac 2015.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Mohd Irwan Beritahu Mahkamah 'Kedengaran Seperti' Suara Najib Dalam Rakaman Audio

2

Semasa 2 tahun yang lalu

B40 Bertambah Teruk Jika Peruntukan Cukai Najib Dibatal Mahkamah - Hakim

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rayuan Pengampunan Najib Perlu Ikut Giliran -  Peguam Kanan

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pengampunan Najib: Kenyataan Pemimpin AMANAH Hanya Pandangan Individu, Bukan Mewakili Parti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad