web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengampunan Najib: Kenyataan Pemimpin AMANAH Hanya Pandangan Individu, Bukan Mewakili Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 3:26PM

Mohamad Sabu berkata kenyataan beberapa pemimpin parti itu mengenai isu pengampunan diraja terhadap Najib Razak, hanyalah pandangan individu dan tidak mewakili organisasi atau parti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) berhak menyuarakan pandangan masing-masing tetapi mereka terikat dengan keputusan parti.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, perkara itu adalah amalan biasa dalam mana-mana organisasi atau parti di negara ini.

Justeru, katanya, kenyataan beberapa pemimpin parti itu mengenai isu pengampunan diraja terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hanyalah pandangan individu dan tidak mewakili organisasi atau parti.

“AMANAH, PKR atau DAP yang bergabung di dalam Pakatan Harapan (PH) tertakluk kepada keputusan PH (Pakatan Harapan) yang perlu diutamakan jika bercanggah dengan keputusan parti.

“Begitu juga dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini, keputusan di peringkat gabungan Kerajaan Perpaduan mengatasi keputusan parti atau pakatan politik masing-masing dan ianya perlu diutamakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menemplak sikap berdiam diri Mohamad mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad berhubung isu pengampunan Najib.

Menurut Puad, AMANAH tidak layak dijadikan sahabat perjuangan tetapi hanya sekadar kawan politik.

Tegasnya, sikap pemimpin AMANAH itu boleh menjejaskan kestabilan dan kelangsungan Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, dalam kes Najib, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, katanya, semua pihak perlu menghormati apa jua keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara itu.

“Namun, semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan perlu memberi fokus terhadap khidmat kepada rakyat sebagaimana yang diamanahkan,” katanya.

Terdahulu, Khalid merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib.

Beliau berkata, AMANAH berpendirian menolak pengampunan Najib bagi menjaga nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, AMANAH berpandangan, pengampunan terhadap Najib akan menghantar mesej tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara ini dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kerajaan terhadap rasuah serta salah guna kuasa.

Tambah beliau, ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia MADANI yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad