web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


B40 Bertambah Teruk Jika Peruntukan Cukai Najib Dibatal Mahkamah - Hakim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 7:37PM

Najib Razak serta semua pembayar cukai, dibenarkan LHDN untuk membayar cukai mereka secara ansuran, sementara menunggu keputusan rayuan taksiran cukai mereka dengan SCIT - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nallini berhujah bahawa keadaan golongan B40 bertambah teruk sekiranya mahkamah membenarkan rayuan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beliau yang juga seorang daripada panel lima hakim mahkamah berkenaan hari ini, mendengar rayuan Najib untuk membatalkan ringkasan penghakiman berhubung cukai RM1.69 bilion dihadapinya, dengan membuat kenyataan itu sewaktu mendapatkan penjelasan daripada peguam utamanya, Muhammad Shafee Abdullah.

Rayuan itu membangkitkan isu utama bahawa sama ada Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah tidak sah kerana melanggar Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 106, secara amnya, memberi kuasa kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi mendapatkan semula tunggakan cukai dan penalti daripada pembayar cukai.

Manakala, Seksyen 106(3) secara khusus menyatakan bahawa berhubung dengan tindakan sivil LHDN untuk mendapatkan semula cukai, mahkamah ‘tidaklah boleh melayan apa-apa rayuan bahawa amaun cukai yang dicari untuk didapatkan kembali adalah berlebihan, ditaksir dengan tidak betul, di bawah rayuan atau dinaikkan dengan tidak betul’.

Perkara 121 adalah berhubung dengan kuasa badan kehakiman di Malaysia.

Ketika menuntut penjelasan daripada Shafee berhubung hujahnya bahawa Seksyen 106(3) adalah tidak sah, Nallini berkata, agak sukar untuk mahkamah mengubahnya tanpa sebab kukuh dan munasabah peruntukan tersebut.

Tegasnya, ia kerana peruntukan itu penting untuk negara berupaya memungut cukai, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan mengagihkan semula kekayaan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, walaupun kes Najib mungkin agak keterlaluan dengan dakwaan tunggakan cukai melebihi RM1 bilion, negara masih perlu mengutip cukai dan keupayaan kerajaan untuk mengutip cukai, mungkin terjejas jika setiap pembayar cukai dibenarkan membentangkan pernyataan pembelaan mereka semasa saman cukai terhadap mereka di mahkamah sivil, sekali gus boleh menyebabkan kelewatan dalam kutipan cukai.

“Jika setiap pembayar cukai boleh datang ke mahkamah dan menjalani perbicaraan penuh (terhadap saman cukai LHDN dan tanpa ringkasan penghakiman dibenarkan) terhadap jumlah ditaksirkan, negara tidak bergerak. B40 akan bertambah teruk kerana tidak akan ada wang (dalam tabung kerajaan),” kata Nallini seperti dilaporkan Malaysiakini.

Menjawab respon Shafee bahawa Seksyen 106(3) melanggar hak perbicaraan adil dalam saman cukai, Nallini berkata, pembayar cukai mempunyai peluang mengemukakan rayuan kepada Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) yang layak mendengar aduan mengenai sebarang jumlah cukai ditaksirkan secara tidak tepat.

“Najib serta semua pembayar cukai, dibenarkan LHDN untuk membayar cukai mereka secara ansuran, sementara menunggu keputusan rayuan taksiran cukai mereka dengan SCIT.

“Dia menambah sekiranya pembayar cukai tidak berpuas hati dengan keputusan SCIT, mereka sentiasa boleh merujuk kembali ke mahkamah sivil melalui semakan kehakiman, bagi mencabar taksiran cukai pihak berkuasa berhubung perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Nallini hari ini bukanlah satu keputusan sebaliknya kenyataan dan pertanyaan dibangkitkan panel Mahkamah Persekutuan untuk cuba membantu pasukan undang-undang Najib, menumpukan kepada bahagian tertentu dalam penghujahan mereka.

Sebagai menjawab pertanyaan Nallini, Shafee juga berkata, pembayaran secara ansuran tidak boleh dilaksanakan kerana jumlah RM1.69 bilion adalah ‘besar’.

“LHDN yang didakwa membuat cukai taksiran yang tidak betul menganggap Najib mempunyai pendapatan RM8 bilion, yang disifatkan sebagai ‘tidak masuk akal’.

“LHDN sudah memfailkan notis bankrap terhadap Najib yang mungkin mengakibatkan Najib muflis sebelum dia boleh mengemukakan rayuan terhadap SCIT,” katanya. – Getaran, 14 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan