web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayuan Pengampunan Najib Perlu Ikut Giliran -  Peguam Kanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 11:22AM

Najib Razak - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memaklumkan rayuan pengampunan Datuk Seri Najib Razak tidak dibincangkan dalam Persidangan ke-59 Lembaga Pengampunan pada 28 April lalu kerana perlu mengikut giliran.

Menurutnya, ketika ini masih terdapat banyak permohonan pengampunan lain yang perlu dibincangkan oleh lembaga tersebut.

“Kenyataan Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkaitan dokumen Najib masih belum boleh proses sebab banyak lagi pengampunan lain menanti giliran.

“Persidangan pengampunan ini ada giliran dan mesyuarat adalah berkala. Ini (mesyuarat) tiga kali setahun, kadang-kadang empat kali setahun. Perlu tunggu giliran,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam Sinar Live yang bertajuk Pengampunan Kompromi Keadilan? yang dihoskan oleh Haizir Othman, semalam.

Terdahulu, media melaporkan rayuan pengampunan Najib tidak dibincangkan dalam persidangan tersebut yang berlangsung di Istana Negara pada 28 April lalu.

Khairul Dzaimee berkata, kertas rayuan pengampunan Najib akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan yang terpakai.

Dalam persidangan itu, beliau memaklumkan, lembaga berkenaan telah mempertimbangkan sebanyak 10 kes rayuan pengampunan mengikut Peraturan 54 dan Peraturan 113 Akta Penjara 2000.

Mengulas lanjut, Mohamed Haniff berkata, Najib masih boleh membuat permohonan semula sekiranya permohonan pertama yang dikemukakan pada 2 September lalu ditolak atau tidak dilayan.

Jelas beliau, permohonan baharu boleh dikemukakan setelah beliau tamat tempoh tiga tahun menjalani hukuman iaitu pada 23 Mei 2025.

“Permohonan ketiga pula dalam tempoh dua tahun. Dan selanjutnya selang dua tahun. Itu untuk pemohon bantuan.

“Tetapi untuk pemberi pengampunan iaitu Yang di-Pertuan Agong tidak ada tempoh atau sekatan ditetapkan sebab ini kuasa mutlak baginda. Undang-undang mengatakan tidak boleh meletakkan tempoh kepada baginda,” katanya.

Tegasnya lagi, permohonan pengampunan memerlukan masa yang panjang untuk diteliti.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menolak permohonan beliau untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam permohonannya, Najib, 69, memohon membatalkan keputusan yang dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu kemudiannya dikekalkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 9 Disember 2021. – Getaran, 5 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar