web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Gangguan Seksual: Bapa Pelakon Remaja Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 8:52PM

Suspek kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bapa kandung kepada seorang pelakon remaja perempuan, ditahan polis atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap anaknya itu, hari ini.

Suspek kini direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisoner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek ditahan di kediamannya di Kedah pada jam 2.25 petang semalam.

Menurutnya, ketika ditahan, polis merampas telefon bimbit daripada suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

“Pada 6 September (semalam) jam 2.25 petang, polis membuat tangkapan terhadap seorang lelaki yang merupakan bapa kandung kepada mangsa.

“Saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke majistret Mahkamah Shah Alam untuk permohonan perintah reman.

“Majistret membenarkan permohonan reman sehingga 12 September (Isnin) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, Wan Azlan mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pendedahan pelakon terbabit yang mendapat perhatian pelbagai pihak.

Menurut beliau, siasatan dibuat susulan laporan polis daripada mangsa malam kelmarin.

“Laporan polis sudah diterima daripada pelakon remaja berusia 15 tahun yang menyatakan dia diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikan mangsa.

“Mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit ayah kandungnya. Kejadian tersebut berlaku sejak tahun 2013 hingga  2017,” katanya.

Baru-baru ini, pelakon itu menerusi satu temu bual di laman YouTube, mendedahkan sikap buruk bapanya.

Dia mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya, selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk. - Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad