web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lewat Usir Pendatang: Proses Pengeluaran Dokumen Ambil Masa Lama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 8:56AM

Khairul Dzaimee (kiri) bertanya sesuatu kepada salah seorang pendatang asing sewaktu mengetuai operasi pengusiran warganegara Filipina di Pelabuhan Sandakan semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Prosedur pengeluaran dokumen perjalanan di peringkat kedutaan negara asal pendatang yang mengambil masa yang lama, menjadi punca kelewatan pengusiran mereka di Sabah, walaupun sempadan negara terbabit telah pun dibuka tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata kebanyakan pendatang yang telah menunggu lama, merupakan mereka yang ditahan di depoh tahanan pada 2020 lagi iaitu sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

“Terdapat 15,166 warga asing yang sedang ditahan di depoh tahanan Imigresen di seluruh negara dan daripada jumlah ini, seramai 7,200 ditahan di depoh di Sabah sahaja, yang mana kira-kira 6,000 adalah warga Filipina.

“Pengusiran kini akan terus dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ada sekarang, iaitu (pengusiran pendatang) warga Filipina melalui pelabuhan di Sandakan ke Zamboanga dan (pendatang) warga Indonesia melalui pelabuhan di Tawau ke Nunukan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan proses pengusiran pendatang Filipina di sini semalam.

Khairul Dzaimee turut mengakui, kesesakan dialami di semua empat depoh tahanan Imigresen di Sabah iaitu di Tawau, Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu, sehingga pernah mencecah 8,000 tahanan daripada kapasiti keseluruhan iaitu 7,200 sepanjang pandemik itu melanda.

Bagaimanapun, beliau berkata pengurusan depoh berkenaan dilaksanakan dengan baik.

“Pihak Kementerian Dalam Negeri sebenarnya telah pun meluluskan pembaikan segera untuk keempat-empat depoh tahanan ini, di mana jumlah wang (peruntukan) sebanyak RM500,000 untuk setiap satu depoh akan diberikan.

“Pembaikan akan memberi fokus kepada membaiki longkang yang tersumbat, membaiki sambungan elektrik yang mengalami kerosakan dan juga menampal bumbung yang bocor,” katanya.

Pada pengusiran malam ini melibatkan seramai 750 pendatang Filipina terdiri daripada 638 lelaki, 81 wanita, 30 kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan seorang bayi berumur 23 bulan.

Khairul Dzaimee berkata dalam tempoh dua minggu lagi, seramai 500 lagi pendatang Filipina akan diusir melalui pelabuhan yang sama.

Beliau turut memberitahu seramai 22,448 pendatang telah diusir pada tahun ini, melibatkan warga Indonesia, Myanmar, Vietnam, Thailand, Bangladesh dan Filipina. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Kedai Diserbu, 21 Lelaki Bangladesh Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JIM KLIA Seakan Kebal, Ini 'Petanda' Sektor Pelancongan Boleh Terjejas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad