web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JIM KLIA Seakan Kebal, Ini 'Petanda' Sektor Pelancongan Boleh Terjejas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 9:00AM

SAFTTA memandang serius laporan menyatakan Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing telah memasuki kawasan larangan di Terminal 1 KLIA tanpa mendapatkan pas keselamatan, bagi membantu pelancong dari China yang ditahan oleh JIM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya semua anggota dan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar demi menangkis imej kartel dalam 'memeras' warga asing. 

Meluahkan pendapat itu, Presiden Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA), Dr Fathir Badri Alhadad berkata, pihaknya mengharapkan agar Ketua Pengarah JIM lebih proaktif dengan mengambil tindakan segera dan tidak hanya menunggu sehingga siasatan selesai.

"Apa yang kami lihat, JIM di KLIA seakan kebal kerana sebelum ini mereka melenting apabila ditegur oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). 

"Kini, apabila ada menteri yang lantang terhadap mereka, mereka seolah cuba untuk menjatuhkan imej menteri berkenaan. Adakah mereka ini kartel di KLIA," katanya. 

Fathir berkata, pihaknya memandang serius laporan menyatakan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing telah memasuki kawasan larangan di Terminal 1 KLIA tanpa mendapatkan pas keselamatan, bagi membantu pelancong dari China yang ditahan oleh JIM.

Menurutnya, SAFTTA sependapat dengan menteri terbabit dan percaya, laporan media berkenaan pasti datang dari pihak JIM memandangkan ia terarah kepada kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh King Sing.

"Apatah lagi, pada hari kejadian, menteri memasuki kawasan tersebut dengan diiringi oleh pihak keselamatan KLIA dan pegawai dari MOTAC. Jadi apa sebenarnya yang ditakutkan oleh imigresen di KLIA. 

"Kerajaan sudah membelanjakan berjuta ringgit bagi tujuan promosi pelancongan ke serata pelusuk dunia bagi menarik pelancong datang ke Malaysia. Oleh sebab itu, King Sing begitu kritikal terhadap pegawai JIM kebelakangan ini," katanya. 

Fathir memaklumkan, ketika pihaknya berusaha untuk menarik pelancong datang ke negara ini, agensi penguatkuasa itu pula seakan tidak memberi kerjasama.

"Bayangkan mereka perlu beratur sehingga dua jam sebelum mendapat pelepasan imigresen, hanya disebabkan banyak kaunter JIM yang tutup.

"Kami di SAFTTA sering mendengar keluhan daripada ahli kami bila JIM tidak membenarkan kumpulan pelancong mereka masuk ke Malaysia disebabkan Notis Tolak Kemasukan (NTL), sedangkan mereka sudah memperoleh visa terlebih dahulu sebelum memasuki negara ini,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini ramai pelancong dari India sudah beralih ke Thailand disebabkan NTL yang diberikan kepada mereka dan kini, senario itu berlaku pula kepada pelancong dari China.

"JIM disaran jangan cuba mensabotaj ekonomi negara kerana pelancongan mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan cepat," katanya. 

Sementara itu, mengulas gejala rasuah didakwa membabitkan pegawai JIM di KLIA, Fathir berkata, SAFTTA menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk melakukan siasatan kerana isu ini bukan perkara baharu dan terpencil. 

"Malah ia adalah ‘open secret’. Tanpa menjejaskan keselamatan negara, kami berharap JIM dapat memainkan peranan mereka apabila menerima pelancong di kesemua pintu masuk negara,” katanya. 

Terdahulu, Getaran melaporkan, tular di media sosial seorang menteri yang didakwa menceroboh balai ketibaan antarabangsa di KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China  kerana ditahan JIM. 

King Sing yang mengakui dirinya adalah menteri dimaksudkan bagaimanapun menafikan beliau cuba melepaskan pelawat berkenaan.

Menerusi kenyataan media, beliau mempersoal siapa sebenarnya menyalah guna kuasa dalam kejadian itu, selain mendedahkan kehadirannya ke KLIA telah membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai penguatkuasa. 

Berikutan itu, Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan,  pihaknya telah menjalankan siasatan serta merta selepas insiden itu dilaporkan pihak media.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab terhadap JIM pula menunggu laporan penuh insiden kekecohan terbabit sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, agensi itu akan membuka siasatan berhubung dakwaan rasuah yang berlaku di balai ketibaan KLIA dan akan mendapatkan maklumat berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat. - Getaran, 3 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Spekulasi Kontrak Tak Disambung: ‘No Comment’ - Azam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan PM Tangguh Laporan Pegangan Saham Azam Baki Tak Benar - Sumber

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RM177 Juta Disita Siasatan Kes Ismail Sabri, Terbesar 3 Bulan Pertama Tahun Ini - Azam Baki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad