web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Kedai Diserbu, 21 Lelaki Bangladesh Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 9:09PM

Seramai 21 lelaki warganegara Bangladesh yang diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang dua hari lalu - gambar JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan warga asing berjaya diselamatkan dua hari lalu, selepas disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi yang bermula sekitar jam 3.30 petang di Klang, Selangor itu melibatkan 21 lelaki Bangladesh berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Menurut beliau, operasi terbabit digerakkan sepasukan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan Operasi Bahagian Pencegahan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Operasi ini turut disertai pegawai serta anggota Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya,” katanya.

Jelas Ruslin, serbuan ke atas sebuah rumah kedai yang dijadikan tempat ‘mengurung’ semua mangsa itu adah hasil risikan dan maklumat awam diterima pihaknya.

“Pasukan operasi turut menggunakan pendekatan siasatan awal bagi pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

“Kesemua mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh majikan yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara,” katanya.

Ruslin Jusoh - gambar fail
Ruslin Jusoh - gambar fail

Tegas beliau, kesemua mangsa turut diabaikan tanpa sebarang pekerjaan selama lebih kurang enam bulan. 

“Ada di antara mereka yang telah dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah dan bekerja, namun tidak diberikan upah (gaji) oleh majikan. 

“Pasport mereka juga dipegang dan disimpan oleh majikan tanpa kerelaan,” katanya.

Ruslin menarik perhatian, JIM telah mengenalpasti syarikat serta majikan yang terlibat dan memulakan siasatan di bawah ATIPSOM 2007 (Akta 670).

“JIM sentiasa memandang serius isu ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat atau majikan yang terlibat dalam amalan pekerja terabai.

“Perbuatan ini boleh menjurus kepada elemen eksploitasi, buruh paksa dan pemerdagangan orang dalam kalangan pekerja dan warga asing di Malaysia,” katanya.

Beliau memberi amaran, JIM akan meneruskan operasi penguatkuasaan dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

“Sabit kesalahan mengikut ATIPSOM 2007, mana-mana individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga puluh tahun atau pemenjaraan seumur hidup dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat bagi kesalahan pemerdagangan orang yang lebih berat. 

“Bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ATIPSOM yang disabitkan kepada majikan, pekerja atau ejen boleh dihukum dengan penalti yang lebih berat sebagaimana diperuntukkan oleh Akta ATIPSOM,” katanya. - Getaran, 10 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 3 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Antara 4 Lelaki Didakwa Rompak 2 Warga Bangladesh

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad