web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Kewangan Pertimbang Guna Aplikasi Teknologi Untuk Subsidi Bersasar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 7:00AM

Tengku Zafrul - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan langkah penggunaan aplikasi teknologi untuk menyalurkan subsidi bersasar secara cekap kepada golongan berkaitan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun menegaskan, keadaan sekarang belum tepat untuk pelaksanaan subsidi bersasar tersebut, berikutan ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan dan inflasi rendah, berbanding negara lain.

“Ini kerana kita tidak mahu subsidi bersasar yang dilaksanakan secara tidak tepat. (Malah), kaedah pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar juga masih dalam kajian,” katanya kepada pemberita di luar program Wild Digital SEA 2022 di sini, malam tadi.

Tengku Zafrul berkata, pelaksanaan subsidi petrol bersasar juga akan diteruskan bagi menyokong fasa pemulihan ekonomi pada masa ini.

Namun, katanya, pelaksanaan subsidi berkenaan di masa depan akan turut bergantung kepada keadaan ekonomi dan harga pasaran minyak mentah.

“Jika harga (minyak) di pasaran pada masa itu adalah rendah, mungkin subsidi bersasar itu tidak diperlukan kerana kerajaan boleh terus memberi subsidi,” katanya.

Mengulas pengumuman Petronas memberi dividen tambahan sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan, Tengku Zafrul berkata, kewangan itu akan digunakan bagi tujuan perbelanjaan kerajaan, selain menampung kos subsidi yang dijangka meningkat hingga RM80 bilion pada tahun ini.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Pelaksanaan Subsidi Bersasar Tidak Beri Kesan Kepada Pelaburan Asing - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar