web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkelahan Rai Berakhir Peperiksaan Bertukar Tragedi, Seorang Pelajar Maut

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 7:57AM

Anggota Bomba menjalankan operasi mencari mangsa lemas di air terjun Istana Sangkut, Laloh di Kuala Krai, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Perkelahan sekumpulan remaja lelaki bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas di air terjun Istana Sangkut, Laloh di Kuala Krai pada 5.45 petang semalam.

Ketua Balai Bomba Kuala Krai Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-rasee Parsimin berkata mangsa, Nur Muhammad Afiq Zubir, 19, dipercayai terjun sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian 2.43 petang.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Bukit Katil, Melaka dipercayai ke tempat rekreasi itu bersama-sama 13 rakannya untuk meraikan kejayaan mereka selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), semalam.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain turut mendapat pertolongan daripada orang kampung.

"Selepas beberapa jam SAR dijalankan, pasukan akhirnya berjaya menarik mangsa yang juga pelajar Maahad Pengajian Islam Kota Bharu, dari dasar setelah baju mangsa tersangkut pada ‘grappling iron’.

"Jenazah diusung sejauh 150 meter dari air terjun berkenaan ke kawasan selamat lalu diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohammad mengesahkan kejadian itu dan mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.

Dalam perkembangan lain, seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok kelapa dalam kejadian di belakang Masjid Kampung Galang, Pulai Chondong di Machang pada 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Ganti Jimmy berkata mangsa, Ramli Daud, 69, yang merupakan penebang pokok dipercayai bersama rakannya menarik pokok kelapa yang telah ditebang dan bersedia untuk melarikan diri sebelum pokok tersebut tumbang.

Bagaimanapun, beliau berkata mangsa terjatuh kerana kakinya tersangkut pada tali kemudian ditimpa pokok kelapa berkenaan dan mangsa telah dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad