web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Rohingya, Derita Menjelang Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 6:31PM

Pelarian Rohingya terpaksa menjadikan surau sebagai tempat tinggal. - Gambar oleh Nur Muharram Kassim

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ramadan akan menjelang kurang daripada seminggu lagi, namun sekumpulan pelarian Rohingya di Sentul terpaksa berpuas hati menunaikan solat Isyak, dengan hanya berbumbungkan sebuah surau yang separuh rentung dek dijilat api.

Bertemankan dua lampu kecil yang dipinjamkan kru Getaran, suasana sekitar surau itu cerah seketika, namun kembali gelap gelita sebaik selesai menunaikan solat, kerana kehabisan bateri.

Surau sebesar kira-kira tiga lot parkir kenderaan itu adalah satu-satunya struktur binaan terselamat daripada kebakaran yang memusnahkan hampir kesemua penempatan setinggan di kawasan tersebut.

Susulan kejadian, 60 penduduk hilang tempat berteduh dengan majoriti daripada mereka adalah pelarian etnik berkenaan, manakala sepuluh darinya terdiri daripada rakyat tempatan.

Penduduk mendirikan solat Isyak di dalam surau yang usang.
Penduduk mendirikan solat Isyak di dalam surau yang usang.

Kesemua mereka kini tinggal berhimpit di dalam surau tersebut.

“Saya balik kerja pukul 3:30 petang. Bila sudah sampai, rumah saya sudah hangus. Wang simpanan saya semua habis terbakar. RM3,000 lesap,” luah Nurul Siddiq Abdul Majid, 48.

Mata pengutip sampah itu mulai berkaca apabila dia menunjukkan gambar not wang ringgitnya yang sudah rentung dan hangus dek dimakan api.

“Upah saya RM40 sehari. Saya menabung selama tiga tahun namun, semuanya hilang sekelip mata. Saya ada lapan orang anak di sana (Myanmar), mereka semua kelaparan.

“Saya tak tahu menulis. Tak boleh nak cari kerja lain. Luluh hati saya bila melihat kesemua wang simpanan saya terbakar. Menangis saya masa itu,” katanya yang bekerja dengan sebuah syarikat pengurusan sisa pepejal.

Meskipun sudah seminggu kejadian tersebut berlalu, bau hangit kayu terbakar masih berlegar menyelubungi kawasan tersebut.

Tidak seperti pelarian Rohingya yang memutuskan untuk tetap berteduh di kawasan kebakaran itu, penduduk setinggan dari kalangan rakyat tempatan telah berpindah ke penempatan sementara yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Rafik Shah Mohd. Ismail
Rafik Shah Mohd. Ismail

Keengganan mereka untuk berpindah, kata penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kerap membantu pelarian Rohingya, Rafik Shah Mohd. Ismail, adalah kerana faktor pekerjaan dan juga ‘inferiority complex.’

“Mereka sedar ramai orang tempatan mungkin tidak selesa dengan kehadiran mereka. Kebanyakan daripada mereka berkerja sebagai buruh dan pengangkut sampah. Nanti baju-baju kotor mereka nak cuci di mana?” katanya.

Tahun lepas, pelarian Rohingya di negara ini mendapat nama buruk dan dikecam oleh rakyat Malaysia disebabkan oleh kontroversi yang mendakwa, ada sebahagian daripada mereka menuntut kewarganegaraan dari kerajaan Malaysia.

Dakwaan tersebut dianggap keterlaluan oleh sebahagian rakyat tempatan kerana Malaysia adalah salah satu negara yang paling banyak memberi perlindungan sementara kepada pelarian Rohingya di rantau ini.

Menurut angka rasmi Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), terdapat 100,000 pelarian etnik itu di Malaysia.

Insiden tersebut, jelas Rafik, membuatkan pelarian Rohingya di negara ini lebih cuak dan takut untuk bergaul dengan masyarakat setempat.

Beliau juga berpendapat, dakwaan pelarian Rohingya meminta kerakyatan itu adalah tidak benar.

“Buat masa ini, hanya organisasi Humanitarian Aid Selangor sahaja yang datang memberi bantuan kepada mereka di sini. Kami beri barang-barang mentah, tilam dan bantal kepada mereka,” tambah Rafik.

Bantuan tersebut jelasnya, amat dialu-alukan oleh pelarian di situ kerana ada di antara mereka terpaksa memungut tilam yang dibuang di tempat pelupusan sampah sarap.

Ada juga antara mereka menumpang teduh di bangsal seluas reban ayam diperbuat daripada kepingan papan serta beratapkan zink asbestos yang berlubang dan dikutip dari tempat pembuangan sampah.

Nur Along Amer Husein
Nur Along Amer Husein

Buruh di tapak pembinaan, berkata, dia bagaimanapun tetap bersyukur dapat menumpang teduh di bangsal.

“Surau sudah penuh. Saya dengan kawan saya terpaksa buat bangsal ini, cuma bila hujan, bumbung tiris dan tilam pun jadi basah,” katanya. - Getaran, 8 April, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jabatan Imigresen Asingkan Tahanan Etnik Rohingya, Elak Insiden Berulang

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kem Sementara Di Bangladesh Terbakar, Ribuan Warga Rohingya Hilang Tempat Berteduh

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran