web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jabatan Imigresen Asingkan Tahanan Etnik Rohingya, Elak Insiden Berulang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 8:24PM

Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh menunjukkan gambar kesan rempuhan pada sel tahanan kepada pemberita semasa sidang media situasi terkini tahanan yang lolos dari Depot Imigresen Bidor di Ibu Pejabat JIM hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia kini melakukan pengasingan semula ke atas 2,675 tahanan etnik Rohingya di 12 depot seluruh negara bagi mengelak insiden melarikan diri berulang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, melalui pendekatan itu, bilangan etnik Rohingya dalam satu-satu blok akan dikurangkan dan dipindah ke blok lain serta dicampur dengan tahanan warga lain seperti Indonesia dan Bangladesh.

Beliau berkata, itu antara langkah kawalan dan prosedur operasi standard segera yang dilaksana oleh jabatan berkenaan susulan insiden tahanan lari dari depot imigresen di Bidor, Perak.

"Ini untuk kita kurangkan mereka daripada bertindak agresif. Kalau berkumpul ramai-ramai, mereka ada kecenderungan untuk bertindak agresif," katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Malam tadi, sejumlah 131 pendatang tanpa izin telah melarikan diri dari blok lelaki depot tahanan itu dan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia apabila terlibat dalam nahas jalan raya.

Daripada jumlah tahanan yang melarikan diri itu, 115 adalah etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Geng Sojul' Seludup Migran Tumpas, 2 ‘Transporter' Ditahan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran