web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIC Boleh Bertanding Di Pulai Dengan Syarat - Nur Jazlan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 3:50PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO bersetuju memberi laluan kepada MIC untuk bertanding di Pulai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan syarat parti pimpinan Tan Sri S A Vigneswaran itu, turut berkorban melakukan ‘sistem barter’.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, MIC perlu menyerahkan dan memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding di Tapah yang menyaksikan majoriti pengundinya adalah Melayu.

“Tapi MIC juga perlulah berkorban. Bila saya setuju beri laluan kepada MIC di Pulai, kita kenalah buat sistem ‘barter  trade’ (sistem pertukaran).

“Saya dan UMNO berkorban kerusi Pulai, MIC pun kenalah serahkan serta beri laluan kepada UMNO bertanding di Tapah, yang majoriti pengundi Melayu besar di kerusi berkenaan. Barulah adil dan kena dengan semangat kekeluargaan dalam BN (Barisan Nasional),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, beliau optimis BN akan memperoleh kemenangan sekiranya calon parti itu diberikan laluan bertanding di Tapah.

“(Ini) kerana pengundi Melayu sekarang ini ada keyakinan tinggi terhadap keupayaan dan ‘track record’ (rekod prestasi) cemerlang.

“Jadi BN akan untung sebab mampu kekalkan kerusi Tapah dan MIC pun belum tentu dapat menang di Pulai,” jelasnya.

Namun, Nur Jazlan berkata, MIC perlu berunding dahulu dengan MCA jika parti itu berhasrat bertanding di Pulai, 

kerana beliau turut mempelawa Presiden MCA untuk menjadi calon BN di kawasan berkenaan.

“Ya lah, saya juga kena hormati dan beri muka kepada MCA kerana di Pulai ada 40 peratus pengundi Cina, sedangkan pengundi India hanya 12 peratus.

“Jika MCA setuju beri laluan kepada MIC dan presiden atau timbalan presiden MIC sendiri sanggup jadi calon, saya sedia membantu. Saya rela berkorban demi kepentingan rakan-rakan dalam BN,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan Ketua Penerangan MIC Johor, S Deva tampil menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen Pulai, beliau menganggap pemimpin itu seorang individu yang berani walaupun pada asalnya ia ditawarkan kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

Bagaimanapun tegasnya, sebagai mantan Ahli Parlimen Pulai sejak tahun 2004, beliau mendapati MIC seperti tidak serius untuk menerima tawaran itu.

Hakikatnya, beliau berkata, semua orang tahu Pulai adalah kerusi ‘tough’ (sukar) dan hanya calon ‘heavyweight’ (berpotensi besar) boleh memenanginya, bukannya calon lightweight (kurang berpotensi), malah bukan senang menguasai kawasan berkenaan.

“MIC tak boleh bawa budaya ‘kerusi lipat’ di Pulai macam mereka buat di tempat lain sebelum ini.

“Minta kerusi nak bertanding tapi kalah selepas itu ‘lipat kerusi’ tolak tepi dan minta lagi kerusi lain,” katanya. – Getaran, 5 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad