web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Bazar Ramadan, Aidilfitri Diingat Patuh Etika, Jangan Naik Harga

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 6:11PM

Peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri perlu mematuhi etika perniagaan tanpa menaikkan harga. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN - Peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diingatkan untuk mematuhi etika perniagaan yang baik termasuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. 

Beliau berkata KPDNHEP juga akan melaksanakan pemantauan di bazar berkenaan bagi memastikan harga jualan tidak membebankan pembeli serta peniaga mematuhi semua peraturan disyaratkan seperti meletakkan tanda harga.

"Saya harap peniaga tahu tanggungjawab mereka kerana ini adalah perkara yang berlaku setiap tahun. Kita akan pantau dan kawal supaya harga jualan tidak melebihi harga maksimum ditetapkan menerusi skim kawalan harga. 

"Harga maksimum itu ditetapkan setelah kita melihat pelbagai keadaan dan senario ekonomi, selain membuat kajian, pemantauan dan konsultasi pelbagai pihak berkaitan supaya kita boleh memperoleh persetujuan mengenai harga yang berpatutan itu," katanya. 

Nanta berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Food Bank Siswa di Politeknik Muadzam Shah di sini hari ini, yang turut dihadiri pengarah politeknik itu Hassan Ismail dan Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin. 

Berhubung operasi pemantauan dan penguatkuasaan, Nanta berkata setakat ini KPDNHEP telah melakukan 70,593 pemeriksaan meliputi peruncit, pemborong dan pengilang, selain menerima 753 aduan berkaitan harga dan bekalan.

Mengulas mengenai Program Food Bank Siswa, Nanta berkata sejak dilancarkan pada Februari 2019 hingga kini, seramai 17,954 mahasiswa dari 26 institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat menerima bantuan berkenaan. 

Politeknik Muadzam Shah merupakan IPT ke-27 menerima manfaat itu, dengan seramai 1,200 pelajar dikenal pasti sebagai penerima bantuan yang berkonsepkan 'food pantry' menerusi sumbangan daripada 13 syarikat. 

"Kita juga mula melakukan kerjasama dengan hotel di Terengganu dan Perlis bagi mendapatkan sumbangan makanan yang masih baik dan belum disentuh untuk diproses menggunakan teknologi retort bagi memanjangkan jangka hayat makanan itu. 

"Jika usaha ini mencatatkan kejayaan, inisiatif ini boleh dikembangkan ke negeri lain termasuk dalam Program Food Bank Siswa menerusi konsep 'central kitchen' yang melibatkan pemberian makanan berbungkus," katanya. 

Nanta juga berharap lebih ramai syarikat, pengusaha makanan dan hotel menawarkan diri menjadi sebahagian daripada program food bank KPDNHEP yang bukan sahaja membantu golongan memerlukan, tetapi turut mengurangkan pembaziran makanan.

Untuk rekod, sejak program food bank dilancarkan pada 22 Dis 2018 seramai 624,845 ahli isi rumah menikmati bantuan itu selain 2,301 tan metrik lebihan makanan berjaya diselamatkan. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad