web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Platform E-Dagang Jadi Pilihan Penjenayah Tipu Pengguna

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 5:28PM

Sebanyak 37 kes penjualan barang kemas tidak wujud direkodkan dengan kerugian RM239,530 bagi 3 bulan pertama tahun ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjualan barangan secara dalam talian atau e-dagang semakin menjadi pilihan, khususnya ketika negara berada dalam norma baharu.

Kecenderungan pengguna beralih kepada platform itu sedikit sebanyak membuka ruang kepada penjenayah siber, untuk memanipulasi keadaan semasa dengan menipu orang ramai dan menjual produk yang tidak wujud sama sekali.

Berdasarkan kajian, antara kes yang mencatatkan rekod  yang tertinggi adalah penipuan melibatkan jualan barang kemas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, sebanyak 37 kes penipuan penjualan barang kemas tidak wujud direkodkan dengan jumlah kerugian RM239,530 bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan statistik pada 2019, sebanyak 21 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM148,444.

"Jumlah itu meningkat kepada 44 kes pada tahun lalu dengan kerugian RM261,954 manakala bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 37 kes direkodkan dengan jumlah kerugian RM239,530,” katanya.

Sementara itu timbalannya, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya baru-baru ini menerima laporan berkaitan penjualan nombor telefon khas.

“Mangsa memperoleh nombor itu melalui iklan di laman Facebook dan menghubungi penjual selepas bersetuju dengan harga ditawarkan.

“Nombor itu tidak diterima selepas wang dibayar, manakala penjual terus menghilangkan diri,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, rekod JSJK pada tahun 2019 mendapati, sejumlah 3,514 kes berkaitan penipuan e-dagang direkodkan dan ia meningkat kepada 5,8547 pada tahun berikutnya.

“Untuk tiga bulan pertama tahun ini pula, sejumlah 2,132 kes pula dicatatkan,” katanya.

Sehubungan itu orang ramai dinasihati agar jangan mudah percaya dengan tawaran dibuat di media sosial, dan sentiasa membuat semakan sebelum melakukan sebarang transaksi.

“Jika terdapat sesuatu yang mencurigakan, sila buat semakan pengesahan akaun terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Menurut beliau, kes ini akan disiasat bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Getaran, 8 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 15 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar