web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Terus Bantu Bekas Atlet - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 5:02PM

Ismail Sabri (tengah) bergambar bersama bekaas-bekas atlet yang hadir selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke -7 Yayasan Kebajikan Atlet kebangsaan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan terus menyalurkan bantuan menerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sebagai menghargai jasa bekas-bekas atlet yang telah mengharumkan nama negara.

Beliau berkata kerajaan baru-baru ini telah menyumbang peruntukan sebanyak RM3 juta kepada YAKEB untuk tahun ini bagi melaksanakan lebih banyak program seperti penganjuran kursus dalam bidang keusahawanan yang dapat memberi manfaat dan menambah sumber pendapatan ahlinya.

“Waktu kerajaan lain memerintah negara 22 bulan, bukan sahaja sumbangan tak diberikan malah ada cadangan nak tutup YAKEB ... tahun depan ada lagi (peruntukan kepada YAKEB).

“Besar jasa atlet ini, bukan senang Jalur Gemilang boleh dikibarkan di luar negara dan lagu Negaraku tidak akan berkumandang begitu sahaja sebaliknya ia adalah atas usaha atlet-atlet yang mencapai kejayaan,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 YAKEB di sini hari ini.

Ismail Sabri turut meminta YAKEB untuk lebih proaktif dalam membantu bekas atlet negara yang menghadapi masalah bagi mengelakkan mereka dimanipulasi pihak tertentu.

Perdana Menteri berkata usaha itu dapat meringankan beban bekas atlet yang berdepan masalah kewangan serta mendapatkan rawatan kesihatan.

“Kadang ada sesetengah pihak cuba memanipulasi bekas atlet ini untuk kepentingan mereka termasuk isu seorang bekas atlet paralimpik yang dikatakan terpaksa jual tisu di tepi jalan sebelum ini.

“Saya dimaklumkan YAKEB sudah cuba bantu termasuk memberikan tawaran bekerja tetapi ditolak dan selepas ditolak akhirnya jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan memberi imej tak baik kepada YAKEB dan kementerian,” katanya.

Ismail Sabri berkata terdapat ramai bekas atlet masih belum mendaftar dengan YAKEB dan beliau mahu yayasan itu berusaha mendaftarkan lebih ramai bekas atlet bagi memastikan urusan bantuan dapat diberikan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengarahkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk mengenal pasti sebahagian daripada tanah kosong milik Kementerian Belia dan Sukan bagi tujuan pembinaan Wisma YAKEB.

“Insya-Allah selepas itu boleh buat penentuan kos dan mohon kepada kerajaan dari segi kos pembinaan bangunan wisma YAKEB,” katanya.

Beliau percaya pembinaan wisma tersebut membolehkan YAKEB meneruskan program mahupun kursus dengan lebih teratur bagi kemudahan ahli di bawah satu fasiliti lebih besar.

Beliau juga percaya dan yakin dengan peranan YAKEB menjadi sebuah yayasan cemerlang melalui perkhidmatan berkualiti, berkeprihatinan dan berintegriti untuk keperluan ahlinya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

4

Sukan 2 tahun yang lalu

FAM Dapat 'Durian Runtuh', Peruntukan RM5 Juta Daripada Kerajaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad