web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Status Kelonggaran Pelitup Muka Diumum Masa Terdekat - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 8:57PM

Keputusan keperluan untuk melonggarkan penggunaan pelitup muka akan diumumkan dalam masa terdekat. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan keputusan keperluan untuk melonggarkan penggunaan pelitup muka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun meminta untuk diberikan sedikit masa sebelum mengumumkan keputusan hasil perbincangan berhubung perkara itu.

"Saya akan buat keputusan tidak lama lagi, perkara itu sudah dibincangkan, beri saya masa beberapa hari," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas Majlis Pelancaran Hab Teknologi Kesihatan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihaknya bersedia mengkaji keperluan untuk melonggarkan pemakaian pelitup muka seperti dilaksanakan di Singapura.

Ia susulan kenyataan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan pakar epidemiologi menggesa supaya KKM membuat keputusan berhubung kelonggaran pemakaian pelitup muka berdasarkan beberapa indikator COVID-19 di negara ini yang terus menunjukkan penurunan, termasuk kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan.

Baru-baru ini, Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dibangkitkannya pada mesyuarat bersama KKM yang diwakili Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Muhyiddin dilaporkan berkata, ketika ini juga sudah ada kebiasaan baharu dalam kalangan rakyat mahupun warga asing di negara ini untuk memakai pelitup muka tanpa dipaksa.

Dalam perkembangangan berasingan, Khairy berkata, fasiliti kesihatan awam di Negeri Sembilan akan menjadi perintis kepada projek bebas kertas dengan mengaplikasikan pengurusan rekod perubatan kesihatan secara elektronik (EMR).

Menurut beliau, projek tersebut kini diperingkat tender secara terbuka sebelum proses memilih vendor sesuai untuk melaksanakannya di negeri tersebut.

Katanya, keadaan geografi Negeri Sembilan yang agak kecil selain sudah bersedia menjadi faktor utama negeri tersebut dipilih sebagai perintis untuk projek berkenaan.

“KKM akan memilih vendor dalam jangka masa terdekat ini melalui proses tender terbuka yang dibuat sebelum ini.

“Mereka akan menaiktaraf dan menggerakkan rekod perubatan kesihatan secara elektronik di semua hospital dan klinik kesihatan di Negeri Sembilan,” katanya.

Jelas beliau, projek tersebut akan diperluaskan ke negeri lain sebaik saja ia berjaya dilakukan secara berkesan di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Khairy berkata, pelaksanaan untuk memperluaskan penggunaan EMR agak sukar dilaksanakan terutamanya di fasiliti kesihatan lama seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Percaya atau tidak, ketika saya berkunjung ke HKL, hospita terbesar di negara masih menggunakan kertas, justeru ia agak susah.

 “Untuk mencari rekod perubatan pesakit di hospital terbesar dalam negara, mereka perlu mencarinya di dalam timbunan fail.

“Sebahagian klinik kesihatan juga tidak boleh melupuskan rekod kesihatan pesakit untuk (tempoh) tujuh tahun, kamu boleh lihat timbunan fail di koridor,” katanya.

Justeru, Khairy berkata, penggunaan EMR akan memberi harapan baharu kepada fasiliti perubatan di negara ini ke arah fasiliti bebas penggunaan kertas. - Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad