Berita Terkini

8 jam yang lalu: Laksanakan inisiatif untuk penjawat awam ikut masa, tanpa birokrasi - CUEPACS 8 jam yang lalu: PDRM nafi Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah Interpol - Bukit Aman 9 jam yang lalu: AS boleh bekerja dengan sesiapa sahaja yang menang dalam PRU-15 Malaysia - Duta Besar 9 jam yang lalu: Bajet 2023: Digital Nasional Berhad akan perluas rangkaian 5G di seluruh negara 10 jam yang lalu: Bajet 2023: RM332 juta disediakan untuk wujudkan program latihan dan fasiliti sukan yang terbaik

IKUTI KAMI


Risiko Hakim Bersikap Berat Sebelah Terhadap Rosmah Setelah 'Penghakiman Bocor' - Peguam

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 2:59PM

Jagjit Singh - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa terdapat risiko berat sebelah di pihak Hakim Mohamed Zaini Mazlan sekiranya beliau terus mendengar kes Rosmah kerana wujudnya ‘draf penghakiman’.

Peguam Datuk Jagjit Singh berkata walaupun mereka mempunyai keyakinan penuh bahawa hakim tidak akan dipengaruhi oleh penghakiman yang dikatakan bocor itu, namun risiko berat sebelah masih wujud.

Beliau berhujah bahawa hakim mesti dapat melaksanakan tugas secara saksama, bebas daripada pengaruh luar.

Draf penghakiman yang dikatakan itu disediakan oleh individu, atau lebih daripada seorang, yang tidak mempunyai kuasa, katanya.

“Oleh itu, bagaimana pihak pendakwaan boleh mengatakan bahawa dakwaan ini (kononnya draf penghakiman) adalah dengar cakap?” soal peguam itu.

Jagjit berhujah bahawa pendakwaan mengatakan draf penghakiman yang dikatakan itu sebagai satu penyelidikan dan mencabar permohonan penarikan diri dengan mendakwa ia dibuat berdasarkan bukti dengar cakap.

Beliau berkata terdapat laporan polis dan kebocoran itu sedang disiasat oleh polis Sentul, sambil menambah bahawa pendaftar Mahkamah Persekutuan juga mahu perkara itu disiasat.

“Hakim mesti boleh menyampaikan keputusan tanpa pengaruh yang tidak wajar secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana sumber lain. Dokumen yang bocor itu disediakan oleh lebih daripada seorang.

“Dokumen yang bocor itu membimbangkan apabila muncul di media sosial. Tetapi ia telah keluar, kita tidak boleh menyembunyikannya di bawah tempurung. Dokumen yang bocor itu bukanlah penghakiman bertulis sebenar terhadap Rosmah, tetapi salinan penulisan oleh unit penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata dua catatan di Malaysia Today dikongsi secara meluas di media sosial.

Jagjit mendakwa awan gelap telah menyelubungi badan kehakiman sejak 23 Ogos 2022 apabila penghakiman kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd didakwa bocor sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya.

Beliau berkata perkara ini sama seperti apa yang berlaku pada 1988, merujuk kepada penyingkiran Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Mohamed Salleh Abas, yang lebih dikenali sebagai krisis kehakiman negara.

Jagjit kemudian merujuk kepada dua dokumen (penghakiman) yang didakwanya disediakan oleh orang lain.

Mohamed Zaini: Apa kamu panggil dokumen ini?

Jagjit: Secara terang dan ringkas, ia telah disediakan atas permintaan dan arahan seseorang yang berkuasa.

Mohamed Zaini: Jawab soalan saya. Apa kedua-dua dokumen ini?

Jagjit: Saya tidak boleh melabelnya tetapi ia menunjukkan suatu yang salah.

Mohamed Zaini: Apa yang dipanggil penghujahan? Apakah tujuan penghujahan bertulis kamu?

Jagjit: Untuk meyakinkan Yang Arif. Tetapi ini (dokumen) tidak dapat meyakinkan Yang Arif kerana Yang Arif perlu berfikiran bebas.

Hakim kemudian menyoal lagi mengenai dokumen itu dan Jagjit berkata beliau tidak boleh menjawab.

Mohamed Zaini: Ada dalam afidavit, kamu katakan ia (dokumen itu) adalah penghakiman saya. Setelah mendengar sekarang, saya keliru. Adakah kamu mengatakan ini adalah draf penghakiman yang disediakan untuk saya?

Jagjit: Ya

Mohamed Zaini: Saya gembira kita dapat menjelaskannya. Kamu melihat kedua-dua dokumen ini sebagai pendapat atau draf penghakiman?

Jagjit: Bagi saya ia tidak kelihatan seperti pendapat tetapi ia adalah draf penghakiman yang ditulis oleh pihak ketiga.

Mohamed Zaini: Adakah kamu menyangka saya akan menggunakan draf penghakiman (dalam keputusan saya)?

Jagjit: Di situlah bahaya sebenar berat sebelah... persepsi.

Mohamed Zaini: Saya rasa saya faham maksud kamu. 

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah bahawa Malaysia Today - laman web yang memaparkan apa yang dikatakan sebagai ‘penghakiman bocor’ itu - bukanlah sumber yang boleh dipercayai.

Beliau berkata penulis artikel itu (di laman web) adalah seorang pelarian yang bersembunyi di United Kingdom.

“Beliau wartawan penyangak. Pandangannya berubah mengikut berapa banyak dia dibayar. Walaupun Yang Arif meminta pendapat yang ditulis oleh unit penyelidikan, walaupun Yang Arif menelitinya dan membuat pertimbangan, ia akan menjadi suatu perkara biasa," katanya.

Sri Ram, yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkongsi bahawa semasa perkhidmatannya, Ketua Hakim Negara ketika itu mencadangkan agar beliau mempunyai pasukan penyelidik sendiri, namun beliau menolak idea itu.

"Tetapi itu hanya cara saya. Setiap hakim ada cara sendiri," katanya dan meminta mahkamah menolak permohonan itu.

Hakim Mohamed Zaini menetapkan untuk menyampaikan keputusannya mengenai permohonan itu selepas rehat pada tengah hari.

Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu pada saat akhir, sehari sebelum keputusan sama ada didapati bersalah atau tidak, atas alasan penghakiman kes yang dikatakan bocor yang disediakan pihak lain yang tular oleh media massa dan elektronik pada 26 Ogos. - Bernama

Sorotan

1

Harga Telur Tidak Naik Atau Apung, Kerajaan Jamin Jaga Keperluan Rakyat

2

Sarapan Terakhir Bersama UKK, Tuan Ibrahim Beri Bayangan Parlimen Hampir Dibubar?

3

‘Saya Tak Mengandung, Cuma Terlebih Makan’- Sharifah Sakinah 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pegawai Imigresen Ditengking: Laporan Akhir Sudah Dikemuka, Tunggu Tindakan Susulan

oleh Farhana Farush

Semasa 10 jam yang lalu

KDN Dapat RM18.3 Bilion, MINDEF Terima RM17.4 Bilion

oleh Fitri Nizam

Politik 1 hari yang lalu

PM Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

oleh Danial Dzulkifly

Semasa 1 hari yang lalu

23 Pindaan RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022 Akan Dikemukakan - Khairy