Berita Terkini

7 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Tak Boleh Haramkan Konsert 100 Peratus Tapi…’ -  Pakar Agama

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 6:09PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak semua penganjuran konsert artis tempatan mahupun antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di negara ini perlu diharamkan sepenuhnya.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, bagaimanapun umat Islam perlu bijak membezakan jenis konsert dihadiri, sama ada ia tergolong dalam kategori melalaikan atau berperanan sebagai hiburan ringan untuk mendidik.

Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid
Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid

Katanya, konsert yang melalaikan dilarang dalam Islam tetapi hiburan berbentuk dakwah haruslah mendapat sokongan orang ramai.

“Misalnya kumpulan nasyid Raihan, mereka sudah tentu ada misi dari segi dakwah. Jadi kita kena beri peluang kepada mereka.

“Penganjuran konsert mereka tidak perlu kita pertikaikan. Dari segi sejarah mereka sudah sampai ke luar negara, membawa misi Islam,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara Islam, kerajaan harus menggalakkan hiburan yang halal dan membangun untuk menyuntik emosi sihat dalam kalangan masyarakat.

“Konsert seperti ini patut digalakkan kerana kita tidak mahu sampai masyarakat nak buka mulut senyum pun tak boleh.

“Saya tengok di Kelantan misalnya, hiburan hampir tiada di sana. Maka masyarakat pun berhibur dengan pelbagai cara, ada munasabah, ada juga tak munasabah,” katanya.

Mahmood Zuhdi berkata, masyarakat juga perlu diberikan ruang untuk memberi ‘makanan’ kepada emosi mereka supaya ia tidak disalurkan kepada hiburan di luar batas agama.

“Sebagai contoh di Kelantan terlampau rigid. Kita tak boleh macam tu. Macam mana pun manusia ada ‘outlet’ (tempat) untuk meluahkan emosi mereka.

“Dalam Sirah Nabi pun ada ditulis tentang aspek emosi dalam kehidupan Nabi,” katanya.

Mengenai konsert artis luar negara pula, Mahmood Zuhdi berkata, kerajaan perlu meneliti corak hiburan akan diketengahkan sebelum membenarkan penganjurannya.

“Nak haramkan itu pun tidak boleh 100 peratus. Kita perlu tengok dulu macam mana corak hiburannya.

“Kalau bagus, maknanya tiada pergaulan bebas, tidak buka aurat, kemudian tidak terlonjak-lonjak, oklah.

“Kena tengok juga kes demi kes. Kalau ternyata lirik tak sesuai, lepas itu kita perbetulkan, mudah-mudahan konsert seterusnya berbeza. Tapi kalau dah jelas dia penyokong LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), itu memang tak bolehlah,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Agama, Pemikiran Islam, Kesihatan Mental Islam Bidang Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Zaizul Ab Rahman senada dengan Mahmood Zuhdi berhubung perkara berkenaan.

Dr Zaizul Ab Rahman
Dr Zaizul Ab Rahman

Beliau berkata, berhibur adalah fitrah semula jadi manusia dan kebanyakan menjadikan hiburan sebagai saluran kreativiti yang mencerminkan gambaran pemikiran, emosi serta inovasi.

Jelasnya, sebagai agama yang menepati keperluan fitrah, Islam tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di sisi Islam perlu disuluh dan dipandu nilai murni.

Namun beliau berkata, melihat kepada realiti hiburan hari ini, sebahagian besar gagal mencapai matlamatnya.

“Bukan sahaja hiburan itu gagal memberi ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari kita, malah ia mencetuskan masalah serta kecelaruan di dalam kehidupan. Ini kerana hiburan itu tidak berpandukan kepada garis panduan ditetapkan syariat.

“Ia hanya bertujuan memenuhi runtunan nafsu semata-mata. Hiburan sedia ada bukan sahaja tidak mendidik jiwa, malah mendorong kepada kelalaian, maksiat dan pergaulan bebas yang akhirnya mengundang kepada gejala sosial,” katanya.

Justeru, Zaizul mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan tiga elemen penting sebelum membenarkan penganjuran konsert, terutama membabitkan artis luar negara.

Katanya, elemen pertama adalah lagu dan seni kata mestilah tidak melalaikan serta tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

“Ia juga perlu tiada unsur maksiat seperti memuja kecantikan wanita dan menganjurkan hubungan bebas.

“Sewajarnya seni kata lagu Islam mampu mengajak manusia kepada cintakan Allah dan hari akhirat serta ke arah memperbaiki diri,” katanya.

Beliau berkata, bagi elemen kedua pula, tidak lalai dan berlebih-lebihan dalam berhibur sehingga hak Allah serta kewajipan lain terabai.

“Maka haram berhibur jika sampai meninggalkan solat, mengabaikan urusan mencari nafkah dan menuntut ilmu.

“Kelalaian ini adalah perkara sia-sia yang wajib dijauhi,” katanya.

Bagi elemen ketiga, Zaizul berkata, hiburan itu seharusnya tidak melibatkan percampuran di antara lelaki dan wanita.

“Jika persembahan dari kalangan wanita, maka ia hendaklah dibuat secara tertutup dan hanya wanita sahaja dibolehkan menyaksikan persembahan itu,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan kumpulan nasyid Raihan berpendapat pendakwah tidak boleh sewenang-wenangnya mengharamkan penganjuran konsert di Malaysia kerana ia melanggar cara dan ajaran Rasulullah SAW yang meminta umatnya sentiasa berhikmah dalam menegur sesuatu perkara.

Menurutnya, sikap cepat menghukum atau mengharamkan sesuatu perkara dilakukan individu menggelar diri mereka sebagai pendakwah, amat berbahaya kerana ia boleh menampakkan Islam seolah-olah agama ‘keras’.

Raihan bakal menganjurkan Konsert Garis Masa di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 November ini bagi meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan kumpulan itu. - Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

2

Selebriti 4 hari yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

3

Muzik 5 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 22 jam yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran