Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Harga Siling Ayam, Telur Kekal, Kilang Tertentu Boleh Eksport Bermula Oktober - Annuar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 8:42PM

Kilang tertentu sahaja iaitu yang menternak ayam secara khusus untuk tujuan eksport, boleh mula mengeksport ayam selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Oktober ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata Kabinet turut bersetuju kilang tertentu sahaja iaitu yang menternak ayam secara khusus untuk tujuan eksport, boleh mula mengeksport ayam selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Oktober ini.

Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, keputusan terbaharu Kabinet itu tidak mempunyai tarikh akhir kerana kerajaan akan memantau keseluruhan pengeluaran dan eksport sebelum membuat sebarang keputusan.

“Jadi, sebelum Kabinet membuat keputusan yang baharu, keputusan yang saya umumkan hari ini akan terus berjalan selepas daripada 31 Ogos,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.

Pada 30 Julai lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof dilaporkan berkata mekanisme pelaksanaan harga siling ayam standard RM9.40 sekilogram di Semenanjung mungkin tidak akan diteruskan kerajaan selepas 31 Ogos memandangkan bekalannya didapati semakin stabil hari demi hari.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga telur ayam bagi gred A pada 45 sen sebiji, gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen sebiji) yang berkuat kuasa pada 1 Julai untuk tempoh dua bulan.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga telur ayam bagi gred A pada 45 sen sebiji, gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen sebiji) yang berkuat kuasa pada 1 Julai untuk tempoh dua bulan - Gambar Fail
Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga telur ayam bagi gred A pada 45 sen sebiji, gred B (43 sen sebiji) dan gred C (41 sen sebiji) yang berkuat kuasa pada 1 Julai untuk tempoh dua bulan - Gambar Fail

Kerajaan juga mengambil langkah intervensi menyekat pengeksportan ayam mulai 1 Jun lepas berikutan berlaku kekurangan bekalan menyebabkan harga produk itu naik, namun akhir-akhir ini terdapat lambakan bekalan dalam negara mendorong penternak menggesa kerajaan menarik semula sekatan itu.

Berkenaan eksport ayam, Annuar berkata Kabinet dimaklumkan terdapat permohonan daripada industri yang menyatakan bekalan ayam ketika ini melebihi daripada keperluan, maka ada pihak yang meminta kerajaan membenarkan untuk eksport.

Menurutnya Kabinet telah menetapkan keutamaan mestilah terus ditumpukan kepada keperluan domestik yang mencukupi, malah sekiranya terdapat sedikit oversupply atau penawaran berlebihan situasi itu perlu dikekalkan kerana dengan adanya pengeluaran lebih tinggi daripada permintaan, ia boleh menjadi mekanisme bagi penurunan harga sesuatu barang.

“Bila harga turun tak boleh kita nak mengurangkan bekalan. Jadi, eksport tidak boleh dibenarkan kalau ia diambil daripada pengeluaran untuk kegunaan domestik.

“Untuk kegunaan domestik, ayam yang diimport dibenarkan (selain) ayam dikeluarkan terus dari ladang yang berbagai-bagai dan ia perlu dikekalkan begitu. Kita faham ada permintaan daripada negara pengimport dan kita ada kapasiti di ladang tertentu di negeri-negeri tertentu untuk mengeksport,” katanya.

Beliau berkata Jemaah Menteri telah bersetuju hanya kilang tertentu sahaja boleh mengeksport ayam secara bersyarat serta berperingkat, dan kilang berkenaan perlu mendapat kebenaran daripada MAFI.

“Bermakna berapa (ayam) yang dikeluarkan dan dengan kebenaran oleh MAFI, dia tidak boleh menjejaskan bekalan dikeluarkan untuk kegunaan dalam negara

“Hanya ladang yang khusus sahaja, mengeluarkan ayam yang khusus boleh mula ternak sekarang untuk eksport tetapi tidak boleh mengurangkan pengeluaran sedia ada ataupun import yang telah dibenarkan,” katanya. 

Annuar berkata mekanisme itu akan dipantau pasukan khas berkenaan secara rapi bagi memastikan keperluan domestik sebanyak kira-kira 70 juta ekor sebulan atau 2.3 juta sehari sentiasa ada, malah jumlahnya harus lebih sedikit daripada yang dinyatakan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

TARA 5 bulan yang lalu

6 Syarat Lain Tentang Jihad Yang Anda Perlu Tahu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

Semasa 4 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

Sukan 2 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy