web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Pulau Disyor Guna Tenaga Hijau, Kajian METO Siap Tahun Depan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 4:50PM

Pulau Redang, salah satu daripada tiga pulau dalam negara yang dicadangkan untuk dijadikan sebagai Pulau Tenaga Hijau. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mencadangkan tiga pulau dalam negara untuk dijadikan Pulau Tenaga Hijau, menggunakan 100 peratus Tenaga Boleh Baharu (TBB).

Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketiga-tiga pulau itu ialah Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu serta Pulau Tioman di Pahang.

Menurut beliau, kertas cadangan mengenai inisiatif tersebut telah dibentangkan kepada Kabinet Jumaat lalu. 

“Kita mulakan di Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu. Tadi Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) umum satu lagi pulau iaitu Pulau Tioman.

“Jadi kerajaan memang serius dan kita mengharapkan walaupun tidak (di) seluruh negara, ada komponen di tempat tertentu, misalnya di pulau-pulau ini yang menggunakan 100 peratus Renewable Energy (RE),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2022 kali kelima oleh Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau ini merupakan antara empat program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara.

Katanya, menerusi inisiatif itu, pengguna elektrik di kesemua pulau tersebut akan menerima bekalan elektrik selama 24 jam menjelang 2025, sekali gus mengurangkan kira-kira 70 peratus pelepasan gas rumah kaca (GHG).

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, ketetapan dasar dan inisiatif pembangunan tenaga lestari bukan sahaja akan mengurangkan 45 peratus intensiti GHG sektor bekalan elektrik, tetapi turut menjana pelaburan dan peluang pekerjaan di negara ini. 

Katanya, pelaburan sehingga RM33 bilion dan kira-kira 47,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi inisiatif tersebut. 

“Komitmen ini memerlukan gandingan usaha semua pemegang taruh dan bidang tenaga lestari. 

“Saya berharap agar persidangan ISES kali ini akan membuka wadah perbincangan serta mewujudkan jalinan hubungan baharu, bagi menyokong usaha memperkasakan agenda peralihan tenaga di negara ini,” katanya. 

Persidangan ISES pertama kali diadakan pada 2012 dan menjadi platform yang diwujudkan kerajaan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, untuk menemukan pihak berkepentingan dalam industri TBB di negara ini. 

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kajian Malaysia Energy Transition Roadmap (METO) melibatkan kerjasama dengan International Renewable Energy Agency (IRENA) akan siap sepenuhnya tahun depan. 

Katanya, kajian itu amat penting kerana ianya menetapkan garis panduan mengenai langkah mengurangkan jejak karbon menjelang 2050. - Getaran, 29 Ogos 2022



 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad