web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Pernah Gagal Melambai, 5 Beradik Dihadiah Coklat Istana Kedah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 6:01PM

Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Mohd Sofwan Mohd Khatib menyerahkan coklat kurniaan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha Tengku Ariff kepada Kamarulnizam Ismail dan anak-anaknya di pekarangan rumah mereka yang terletak depan pintu pagar Istana Anak Bukit.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Setiap kali mendengar siren polis, anak-anak kepada pasangan suami isteri, Kamarulnizam Ismail, 33, dan Noor Wahidah Abdullah, 33, pasti akan keluar dari rumah mereka yang terletak berdepan dengan pintu pagar Istana Anak Bukit, di sini.

Tujuan mereka cuma satu, menanti di tepi jalan utama bagi melambai kepada Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah serta Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff setiap kali baginda berdua serta kerabat Diraja keluar dari pintu pagar istana tersebut.  

Tanpa disangka, telatah comel lima beradik tersebut iaitu Noor Amani Diana, 11, Fahim Danial, 9, Nur Shuhada, 5, Muhamammad Kurayyim, 3, dan Nur Iman, 1, menarik perhatian baginda berdua yang berkenan mengurniakan coklat istimewa untuk dinikmati keluarga berkenaan, Sabtu lalu.

Menurut Noor Wahidah, mereka sekeluarga tidak menyangka baginda berdua sudi melayan keletah lima kanak-kanak berkenaan, yang sememangnya mengagumi pasangan diraja itu.

“Sejak setahun lalu, memang begitulah telatah anak-anak saya. Setiap kali terdengar bunyi siren, walau sedang mandi sekali pun, mereka akan cepat-cepat mengenakan pakaian dan menunggu di tepi jalan untuk melambai kepada baginda.

“Anak-anak cukup seronok apabila baginda berdua bersama polis pengiring melambai kembali kepada mereka. Justeru, apabila pihak istana mengurniakan coklat tersebut, anak-anak memang cukup teruja menerimanya,” katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Kamarulnizam Ismail dan Noor Wahidah Abdullah bersama lima anak mereka selepas menerima coklat istimewa kurniaan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah  dan Sultanah Maliha Tengku Ariff.
Kamarulnizam Ismail dan Noor Wahidah Abdullah bersama lima anak mereka selepas menerima coklat istimewa kurniaan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Pengurniaan coklat tersebut disampaikan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Mohd Sofwan Mohd Khatib yang berkunjung ke rumah keluarga itu bersama juruiring Sultan dan Sultanah, Sabtu lalu.

Noor Wahidah berkata, sebelum ini ada dalam kalangan anaknya turut menyatakan rasa gembira apabila baginda dikatakan pernah menurunkan cermin kereta, semata-mata untuk membalas lambaian mereka.

“Kami sebenarnya baru tinggal di sini sejak setahun lalu. Sebelum ini, kami tinggal di rumah pangsa di Jelutong, Pulau Pinang sebelum berpindah ke sebuah kampung di Perlis.

“Kalau melihat baginda dari jauh pun sudah seronok, inikan pula menerima kurniaan coklat dari baginda. Memang lagi seronoklah mereka malah anak ketiga saya, Nurul Syuhada mendakwa dia bermimpi bertemu baginda berdua selepas menerima kurniaan coklat tersebut,” katanya. – Getaran, 7 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad