web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Sudah Dipenjara, Adilkah Jho Low Masih Berkeliaran? - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 8:25PM

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mempergiat usaha untuk  menahan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan ahli keluarga serta rakan subahatnya berkaitan skandal RM52 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB), demi memberi keadilan kepada 32 juta rakyat Malaysia.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, kerajaan juga perlu membuat laporan kemajuan mengenai status penangkapan penjenayah paling dikehendaki di Malaysia itu.

''Ketika Datuk Seri Najib Razak menghadapi pengadilan di mahkamah, adalah nyata tidak adil dan pengkhianatan terhadap keadilan apabila Jho Low, keluarga serta rakan subahatnya yang berkaitan dengan skandal itu, dibiarkan bebas berkeliaran.

“Tiada perbelanjaan atau usaha harus dikurangkan untuk membawa Jho Low, keluarga dan rakan subahatnya yang terkait merompak berpuluh bilion ringgit rakyat Malaysia dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan,” katanya menerusi kenyataan.

Jho Low
Jho Low

Guan Eng berkata, rakyat Malaysia memuji sembilan hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan atas penghakiman mereka yang mensabitkan Najib bagi pertuduhan salah guna kuasa dan masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta pengubahan wang haram, membabitkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Tambahnya, pihak pendakwa raya juga harus dipuji kerana mengendalikan kes sukar itu dengan profesional dan kepakaran.

“Mahkamah Persekutuan secara ringkas membuat kesimpulan bahawa ini adalah kes salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang jelas dan mudah. Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun lagi.

“Najib masih perlu menghadapi empat lagi perbicaraan berkaitan 1MDB membabitkan RM6.64 bilion dan SRC International Sdn Bhd membabitkan RM27 juta,” katanya sambil menegaskan dalam situasi itu, ‘arkitek kewangan utama’ Najib, iaitu Jho Low masih bebas.

Dalam rayuan akhir semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati hujah peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Ketika penghakimannya, Tengku Maimun turut memerintahkan Najib untuk menjalani hukuman terbabit berkuat kuasa hari sama.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan penyelewengan dana milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Getaran, 24 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek