web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hukuman Kekal, Najib Ke Penjara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 4:39PM

Najib di Mahkamah Persekutuan hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati peguam pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tengku Maimun berkata, sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.

“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara),” katanya yang memerintahkan prosiding tamat.

Beliau turut memerintahkan Najib untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula hari ini.

Sejurus keputusan dibacakan, beberapa anggota polis dilihat menghampiri Najib di kandang tertuduh.

Sementara itu, ahli keluarga Najib termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, turut dilihat memberi kata-kata akhir kepada beliau.

Terdahulu, peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memfailkan permohonan agar Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir itu.

Permohonan yang difailkan lewat malam tadi dilakukan atas alasan Najib bimbang hantaran dibuat di laman Facebook suami Tengku Maimun, Datuk Zamani Ibrahim pada 2018 akan mempengaruhi pemikiran beliau.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun sebulat suara menolak permohonan Najib supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan terakhir itu.

Ketika membacakan penghakiman itu, Tengku Maimun berkata, afidavit Najib masih belum mampu menunjukkan terdapat bahaya bahawa ia boleh menyebabkan berat sebelah. - Getaran, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi