web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kabinet Perlu Buat Ketetapan Susulan Pendedahan Laporan Audit Forensik LCS - PAC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 7:00AM

Laporan Audit Forensik berhubung projek LCS yang dinyahklasifikasikan yang diterima PAC Parlimen sudah dimuatnaik ke laman web PAC. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta Jemaah Menteri membuat beberapa ketetapan pada Mesyuarat Kabinet akan datang susulan pendedahan laporan Audit Forensik berkaitan Kapal Tempur Pesisir (LCS) kepada umum malam tadi, bagi memastikan kesemua transaksi dan aktiviti berhubung skandal itu disiasat secara mendalam.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, menerusi permintaan itu, pihaknya mahu pengauditan lanjut dilaksanakan Bousted Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) ke atas projek LCS bagi melengkapi segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dan Surat Anugerah (LOA) dari tahun 2015 hingga kini.

Katanya, memandangkan timbul isu penggunaan wang peruntukan LCS untuk pembayaran hutang lapuk kapal peronda generasi baharu (NGPV) oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), laporan Jawatankuasa Khas Penyiasatan Tadbir Urus, Perolehan Kerajaan dan Kewangan (JKSTUPKK) berkenaan dengan enam kapal itu, Integrated Logistics Support dan Commercial Package Programme oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga harus dinyahklasifikasikan.

Beliau berkata, menerusi latar belakang kontrak NGPV, terdapat kontrak tambahan projek NGPV ditandatangani bersama BNS dengan peruntukan tambahan sejumlah RM1.40 bilion, menjadikan jumlah kos kontrak meningkat daripada RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion dengan skop kerja serta bilangan Patrol Vesssel (PV) dikekalkan.

 

KENYATAAN MEDIA Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada malam ini telah menerima Laporan Pengauditan...

Posted by Wong Kah Woh on Monday, August 22, 2022

“PV ke-6 sudah diserahkan kepada TLDM pada tahun 2010 dan projek itu diikuti dengan LCS pada tahun 2011 yang menyaksikan kontrak turut diberikan kepada BNS,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kah Woh berkata, laporan Audit Forensik berhubung projek LCS yang dinyahklasifikasikan yang diterima PAC Parlimen sudah dimuatnaik ke laman web PAC.

Menurutnya, orang ramai yang ingin membaca atau memuat turun laporan berkenaan boleh melayari laman sesawang PAC di https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-257-319.pdf.

“Laporan Pengauditan Forensik tersebut adalah berdasarkan mandat pengauditan dari Tahun Kewangan 2011-2014. Walaupun kebanyakan LOA adalah dikeluarkan BNS dalam tempoh tersebut, pelaksaannya adalah sekurang-kurangnya sehingga tahun 2018.

“Laporan mendapati selagi kesemua transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksaannya sehingga tahun 2018 belum disiasat mendalam, berkemungkinan fakta penting untuk pembuktian kelakuan jenayah akan ditinggalkan.

“Maka, PAC dengan ini meminta supaya Kabinet membuat beberapa ketetapan pada Mesyuarat Kabinet akan datang,” katanya. – Getaran, 23 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad