web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maria Chin Dapat Kebenaran Cabar Prosiding Komital Mahkamah Syariah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 2:54PM

Maria Chin Abdullah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah hari ini mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding undang-undang bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan prosiding komital terhadapnya kerana mengkritik keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah sementara menunggu permohonan semakan kehakiman itu selesai.

Hakim membenarkan permohonan Maria untuk semakan kehakiman selepas memutuskan beliau tidak mencabar mana-mana bahagian undang-undang Islam yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah tetapi beliau mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah berhubung prosiding komital terhadapnya.

Beliau berkata Maria (pemohon) mengemukakan permohonan  berdasarkan haknya di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.

"Tidak kira sama ada beliau Ahli Parlimen atau penjaja jalanan, mahkamah tidak akan berdiam diri. Pemohon telah mengemukakan bahan yang cukup untuk berhujah bahawa prosiding penghinaan itu boleh dicemari dengan ketidakpatuhan prosedur,” kata hakim ketika menyampaikan keputusan melalui prosiding dalam talian.

Beliau kemudian menetapkan 15 Sept bagi pengurusan kes. 

Maria, 65, memfailkan permohonan itu pada 3 Mac tahun lepas, menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada masa itu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden pertama hingga ketiga.

Maria, antara lain, memohon satu perintah certiorari membatalkan tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 14 Okt 2019 yang membenarkan Perintah Kebenaran Pengkomitan dan Notis Tunjuk Sebab dikeluarkan ke atasnya.

Maria mendakwa pengeluaran perintah dan notis tersebut adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta menyalahi Aturan 52 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1998).

Pada 4 Dis 2020, Maria diperintah mengemukakan tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mengkritik keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu.

Ini berikutan mahkamah berkenaan menolak permohonannya untuk mendapatkan tempoh lanjutan masa bagi mencabar keputusan mahkamah itu membenarkan prosiding menghina mahkamah (komital) dimulakan terhadapnya.

Permohonan untuk memulakan prosiding komital itu dikemukakan oleh seorang ahli perniagaan berikutan Maria mengeluarkan komen dan mengkritik keputusan mahkamah yang memerintahkan hukuman penjara tujuh hari dijatuhkan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi kerana mengubah tarikh lawatan anak-anaknya untuk bersama bapa mereka.

Peguam Rosli Dahlan mewakili Maria manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly bertindak bagi kesemua responden. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Dibenar Pinda 3 Pertuduhan Terhadap Najib

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Karut, Jho Low Tidak Pernah Masak Pasta Untuk Keluarga Saya - Zeti 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tinggi Batalkan Cadangan Denda RM86.77 Juta MyCC Kenakan Terhadap Grab

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad